21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Kerajaan DAP Pulau Pinang Mengaku Beli Anugerah Palsu

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya mengaku membeli anugerah-anugerah Europe Business Assembly (EBA) yang diterima oleh YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyah Ismail dan YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Datuk Maimunah Mohd Sharif selepas pendedahan oleh Akhbar Guang Ming Daily hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun masih cuba ‘menegakkan benang yang basah’ apabila berkata pendedahan itu pada pandangannya tidak seharusya menafikan pencapaian Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang diiktiraf pelbagai agensi persekutuan.

“Kami berharap pimpinan di majlis perbandaran ini mengambil pengajaran daripada episod malang ini dan lebih berhati-hati apabila dicalonkan untuk anugerah seumpama itu,” katanya.

Chow berkata demikian ekoran dari desakan oleh ADUN Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tampil memberi penjelasan kepada rakyat negeritu sama ada wang milik mereka telah dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut.

“Setelah dimaklumkan mengenai artikel oleh Guang Ming Daily tersebut semalam, saya membuat carian di Internet dan saya menjumpai banyak artikel yang mendakwa Europe Business Assembly (EBA) adalah satu organisasi yang tidak kredibel dan bermatlamat mencari untung dengan “menjual anugerah-anugerah" kepada sesiapa sahaja termasuk organisasi kerajaan dan perniagaan yang sanggup membayar kepada mereka.

 

“Adalah amat mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekiranya benar MPPP dan MPSP telah turut membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu. Perbuatan sebegitu tidak ada bezanya dengan mereka yang "membeli ijazah” yang dijual oleh universiti-universiti atas talian,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.