11
Rab, Dis
0 ARTIKEL BARU

‘Saya Tidak Dapat Terima Peliwat Jadi Pemimpin Negara’ – Tun M

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas dan nyata menyatakan bahawa beliau tidak akan menerima seorang ‘lelaki peliwat’ untuk menjadi pemimpin negara.

Beliau berkata demikian selepas diasak anak muda dalam dalam sesi dialog town hall di Petaling Jaya semalam, berhubung pendiriannya kini terhadap Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara akibat kesalahan meliwat.

"Saya tidak dapat terima seorang lelaki peliwat akan menjadi pemimpin negara ini," kata Mahathir menjelaskan kisah lama itu.

Sementara itu, mengimbas kembali peristiwa pada September 1998 dulu, Presiden Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pihak polis telah menyerahkan laporan tentang salah laku Anwar kepada beliau tiga tahun sebelum bekas perdana menteri itu ditahan, namun beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut.

"Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan,” ujarnya.

Kemudiannya, jelas Tun Dr Mahathir, beliau mendakwa menerima surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR), namun masih enggan mengendahkannya walaupun mendapat laporan teliti daripada pihak polis.

"Saya mahu mewawancara orang-orang tersebut dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku.

"Selepas itu saya bertanya apa yang kita semua perlu buat. Parti memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku timbalan perdana menteri.

"Tetapi melangkaui tindakan polis ketika itu, saya tidak terlibat dalam tindakan polis tetapi mestilah kamu tidak percaya," katanya.

Malah, menurut Tun Dr Mahathir, pada September 1998, beliau berkata pihak berkaitan dalam hal itu telah datang memberitahu beliau apa yang terjadi di antara Anwar dan mereka, dan beliau kemudiannya menjelaskan beberapa perlakuan seks di luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.

Memberitahu sidang akhbar selepas itu, Tun Dr Mahathir berkata seorang lelaki memaklumkan kepada beliau bahawa Anwar bukan sahaja meliwat tetapi 'melancapi' dia.

Untuk rekod, un Dr Mahathir Mohamad pada 5 September 2016 tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

 

Kedua-dua pemimpin yang pernah bersama memimpin negara pada 1990-an itu dilihat bertegur sapa dan bersalaman.