14
Sab, Dis
0 ARTIKEL BARU

26 ketua bahagian Bersatu Johor sokong MB pilihan Dr M, Muhyiddin

Politik
Typography

Ketua-ketua Bahagian Bersatu Johor berikrar memberikan sokongan terhadap pemimpin kanan parti itu bagi memilih sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Johor.

Keputusan itu dipersetujui selepas kesemua 26 ketua bahagian bertemu presiden parti Muhyiddin Yassin tengah hari tadi, kata Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, senator Mohd Nasir Hashim, yang mewakili mereka.

“Ketua-ketua bahagian Johor menghormati keputusan Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan sebagai MB Johor.

“Selain itu, ketua-ketua bahagian seramai 26 orang PPBM (Bersatu) Johor juga bersetuju menyerahkan pelantikan MB yang baru kepada presiden dan pengerusi PPBM Malaysia.

“26 ketua-ketua bahagian juga menyokong sepenuhnya sesiapa yang dilantik oleh kepimpinan tertinggi iaitu oleh Tun M dan juga Tan Sri Muhyiddin,” katanya di luar ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama-nama calon yang disenarai pendek untuk mengisi jawatan tersebut.

Muhyiddin ketika ditemui terdahulu hari ini, turut menolak untuk mengulas mengenai hasil mesyuarat itu.