06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

#PRKKajang : Ikrar Chew Mei Fun Realistik

Politik
Typography
Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun menggariskan empat ikrar dan lima janji yang akan ditunaikan kepada warga Kajang seandainya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan ini semasa membentangkan akujanji parti itu, pagi tadi. Ikrar Chew Mei FunChew berkata, antara ikrar yang akan ditunaikan adalah memperkuatkan ‘check and balance’ terhadap kerajaan Selangor, memperbetulkan masalah hal ehwal tempatan, memainkan peranan penting sebagai pembangkang yang konstruktif dan bertindak sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat. Naib Presiden MCA itu turut mengariskan lima janji termasuk akan memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan. Selain itu, Chew turut berhasrat untuk mendirikan pusat khidmat rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan antara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan warga kawasan ini. Menurut Chew, adalah penting wakil rakyat berperanan membantu rakyat untuk memantau pentadbiran kerajaan tempatan bagi memastikan hak-hak rakya terus terbela dan pembangunan infrastruktur dijalankan mengikut perancangan.Janji Chew Mei Fun “Seandainya wakil rakyat tidak mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat, bagaimana mereka masih berhasrat mahu terus kekal berkuasa di sesuatu kawasan. Wakil rakyat perlu peka dengan permasalahan rakyat termasuklah di Kajang melibatkan soal sistem pengangkutan awam dan lalu lintas yang selama ini membelenggu rakyat di kawasan ini. “Saya cukup berkeyakinan bahawa warga Kajang lebih bijak menilai keperluan semasa termasuk permasalah yang tidak pernah diselesaikan kerajaan Selangor seperti masalah banjir kilat setiap kali musim tengkujuh atau hujan lebat.” kata beliau ketika ditemu bual. Chew bertanding melawan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam Pilihanraya Kecil Dun Kajang selepas penyandang kerusi tersebut,  Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan, Januari lalu. - See more at: http://www.selangorpress.com/?p=103#sthash.QnqDAO19.dpuf