06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

#MH370 : Sikap Pembangkang Mengeji Usaha SAR MH370 Patut Dikecam

Politik
Typography
http://www.youtube.com/watch?v=-Qh4jjiK3AI

Setiap kali krisis melanda negara kita, pihak pembangkang sering kali mengambil jalan untuk menghina usaha negara dalam mengendalikan krisis tersebut. Perkara yang sama berlaku sewaktu krisis pencerobohan Lahad Datu pada mana Tian Chuamemperlekeh anggota keselamatan negara dalam menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.

IMG_0958

Kali ini, Wan Azizah dan Chegu Bard pula sekali lagi memperlekeh usaha anggota negara kita dalam usaha mencari dan menyelamat MH370. Sekiranya dirujuk kepada infografik di atas jelas Malaysia telah mengerahkan jentera penyelamat yang terbanyak antara negara-negara lain.

Malangnya, demi kepentingan politik Wan Azizah dan suaminya, beliau sanggup untuk memperlekeh usaha yang telah dijalankan oleh lebih daripada 300 anggota keselamatan negara.

Bomoh 'Bubu' yang dengan terang dan jelas tidak dijemput oleh pihak Kerajaan telah dieksploitasikan secara besar-besaran oleh pihak pembangkang dalam usaha untuk mewujudkan fenomena sepertimana yang berlaku ketika isu kangkung tidak lama dahulu.

Sepatutnya, ketika krisis seperti ini melanda negara kita, pihak pembangkang sepatutnya bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menangani serangan persepsi oleh negara luar. Kematangan politik yang dimiliki oleh negara-negara maju seperti US sepatutnya menjadi contoh kepada pihak pembangkang. Walaupun terdapat persaingan politik antara parti Republikan dan Demokrat, tetapi apabila terdapat suatu ancaman yang bersifat nasionalistik, mereka bersatu demi kepentingan negara.

Sikap Wan Azizah yang tidak prihatin terhadap emosi keluarga mangsa dan keluarga anggota SAR sepatutnya dikecam. Tidak wajar untuk Wan Azizah demi untuk meraih undi memperlekeh usaha negara dan anggota SAR yang terpaksa meninggalkan keluarga lebih daripada seminggu.

Selain daripada itu, imej negara juga turut menjadi mangsa apabila isu bomoh ini telah menjadi trending meme antarabangsa di mana Malaysia dilekehkan di laman meme seperti 9Gag, 4Chan dan Reddit.

Adakah pengajaran Lahad Datu tidak cukup bagi pihak pembangkang untuk tidak lagi menabur fitnah terhadap negara dan usaha anggota keselamatan negara?

Mungkin tempoh hari, Setiausaha Kerja UMNO tidak patut menerima permohonan maaf daripada Tian Chua dan meneruskan kes mahkamah tersebut agar menjadi pengajaran yang lebih berat kepada pihak pembangkang ini yang tidak serik-serik mengeksploitasi krisis di dalam negara dmi kepentingan politik mereka.