06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

#PRKKajang : Wan Azizah Pernah Mengkhianati Pengundi Permatang Pauh

Politik
Typography
PERMATANG PAUH : Wan Azizah Wan Ismail bukannya seorang ahli politik, tetapi beliau hanyalah sekadar seorang isteri yang sanggup melakukan apa saja demi keghairahan politik Anwar Ibrahim. Beliau telah menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus dan pada 8 Mac 2008, beliau sekali lagi menentang Ustaz Firdaus dan mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Namun begitu, Wan Azizah hanya fokus kepada Anwar Ibrahim sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan , dan kebajikan rakyat di Permatang Pauh di abaikan dan tidak dipedulikannya lagi. Akhirnya, pada tahun 2008 Wan Azizah bertindak mengkhianati pengundinya dengan melepaskan jawatan dengan alasan mahu meluangkan masa bersama keluarga serta cucunya. Kini beliau kembali dengan imej yang sama, modal dan skrip yang sama untuk sekali lagi mengkhianati rakyat. Menurut salah seorang penduduk Permatang Pauh sendiri, mereka amat kesal dengan Wan Azizah kerana bagi mereka, Wan Azizah bukanlah calon yang baik. http://www.youtube.com/watch?v=7HVexjTQejM Ini adalah kerana beliau pernah diberi amanat untuk membela rakyat, untuk menjaga kepentingan rakyat, untuk membantu rakyat tetapi mengkhianatinya dengan tidak mempedulikan mereka dan sengaja meletakkan jawatan Ahli Parlimen dengan alasan yang tidak boleh diterima pakai oleh rakyat yang dahagakan pembangunan dan bantuan daripada seorang Wakil Rakyat.