06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

#PRKKajang : 87.64% Jumlah Keluar Mengundi Hari Ini.

Politik
Typography

IMG_1972Proses pengundian awal bagi Pilihanraya Kajang telah tamat pada jam 5.00 ptg tadi. Di dapati daripada keseluruhan 1,197 pengundi yang berdaftar mengundi bagi N25 Kajang, seramai 1,049 orang telah membuang undi. Sepanjang proses pembuangan undi tersebut tidak terdapat apa-apa kes yang luar biasa dilaporkan. Kedua-dua calon dari BN dan PKR telah melawat pusat pembuangan undi untuk mendapatkan meraih undi.

Jumlah keluar mengundi mengikut pusat pembuangan undi adalah seperti berikut

1. IPD Kajang & Balai Polis Kajang - 640/691 (92.62%)

2. Makmal Forensik - 101/124 (81.24%)

3. Maktab PDRM - 308/382 (80.62%)

Jumlah keseluruhan - 1,049/1,197 (87.64%)