06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

#PRKKajang : Pengundi Kajang Dinasihatkan Supaya Tidak Ditipu Taktik Saat Akhir PKR.

Politik
Typography

IMG_2603Kajang - Pengundi DUN N25 Kajang dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan taktik terdesak PKR bagi menjamin kemenangan untuk pilihanraya kecil tersebut. DUN Kajang yang dikososngkan oleh ADUN PKR, Lee Chin Cheh bertujuan untuk membuka laluan kepada Penasihat Umum parti tersebut, DS Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut yang melanda parti tersebut yang tercetus antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

DS Anwar Ibrahim yang turut diwar-warkan untuk menggantikan TS Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor tersekat apabila beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan bakal berhadapan hukuman penjara selama 5 tahun. Akibat daripada itu, Anwar Ibrahim telah mengarahkan isterinya, Dr. Wan Azizah untuk menggantikan tempatnya selaku proksi untuk bertanding di PRK Kajang.

Malang bagi Dr. Wan Azizah yang sudah berumur 62 tahun terpaksa sekali lagi menjebakkan diri dengan percaturan politik suaminya.

Pengundi Kajang juga dinasihatkan supaya tidak tertipu terutamanya dengan sebaran SMS saat akhir seperti yang digunakan semasa PRU-13 yang lepas.

Tragedi SMS 6.40 pagi seperti yang digelar oleh kebanyakan penganalisis politik merupakan strategi yang diatur pembangkang yang menyebabkan majoriti pengundi Cina telah menyokong Pakatan Pembangkang pada saat akhir sehingga menyebabkan fenomena 'Tsunami Cina'.

SMS tersebut telah menyatakan kepada pengundi Cina sekiranya mereka tidak turun mengundi sebelum jam 12.00tghari, kerajaan UMNO-BN akan menggunakan pengundi 'hantu' untuk mengundi BN bagi pihak mereka. SMS ini telah menyaksikan rata-rata pengundi Cina keluar seawal jam 7.00 pagi untuk membuang undi. Kemudian, tohmahan Anwar Ibrahim yang menyatakan seramai 40k warga Bangladesh telahpun digunakan oleh BN sebagai pengundi 'hantu'.

Perkara ini tidak pernah dibuktikan malah Anwar Ibrahim sendiri tidak lama selepas itu telah membuat kenyataan 'u-turn' dengan menyatakan beliau dan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang telah membuat kenyataan tersebut.

Kejadian seperti ini sudah cukup untuk dijadikan pengajaran kepada pengundi supaya tidak tertipu dengan taktik terdesak pembangkang. Terdapat pelbagai lagi strategi yang mungkin akan digunakan memfitnah kerajaan dan parti BN bagi meraih sebanyak mungkin undi. Sebaran fitnah saat akhir seperti ini tidak mungkin dapat dijawab oleh BN dalam masa singkat singkat sebelum pengundi membuat keputusan.

Dengan itu, pengundi bagi DUN N25 Kajang supaya tidak tertipu pada saat-saat akhir dan tunaikanlah kewajipan dengan rasional dan bukannya emosi. Usah percaya kepada sebaran saat akhir dan gunakan pengalaman sepanjang kempen PRK Kajang ini bagi membuat keputusan yang tepat.