09
Ahd, Ogs
1 ARTIKEL BARU

#PRKBukitGelugor : Pusat Media KKMM Beroperasi Hari Ini

Politik
Typography
KUALA LUMPUR : Pusat media PRK Parlimen Bukit Gelugor kelolaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mula beroperasi hari ini. Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Penyelarasan Media) KKMM, Suwadi Guliling berkata, pusat yang ditempatkan di Bangunan Mara, Pengkalan Weld itu akan melaksanakan fungsi perhubungan serta menyediakan kemudahan kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang PRK. "Kami juga akan menubuhkan kumpulan Whatsapp khas untuk petugas yang mendaftar di pusat media ini bagi membolehkan maklumat disalur dengan lebih efisien selain memudahkan urusan soal jawab," katanya kepada Bernama. Beliau berkata pusat yang boleh memuatkan sehingga 60 orang pada satu-satu masa itu turut menyediakan bilik sidang akhbar, komputer, wi-fi, telefon dan faksimile untuk kegunaan petugas terbabit. Katanya pusat media berkenaan akan dibuka mulai 8.30 pagi hingga 12 tengah malam sehingga 25 Mei dan boleh dihubungi melalui talian 04-2613323 dan faks 04-2610448. BERNAMA