29
Ahd, Nov
0 ARTIKEL BARU

Tamparan Kepada #KitaLawan : Guan Eng Arah Wakil Rakyat P.Pinang Berada Di Kawasan Esok

Politik
Typography

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas. Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan oleh sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat. "Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan esok merupakan pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat telah diarah supaya berada di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah di sini hari ini. Lim berkata, beliau sendiri juga mempunyai program di kawasannya di Air Putih pagi esok dan tidak akan menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur itu yang mahu diadakan oleh PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Pada 27 Feb lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu-BERNAMA

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.