30
Rab, Sep
0 ARTIKEL BARU

WUHAN - China mengesahkan jumlah korban wabak koronavirus meningkat kepada 170 orang pada Khamis.

Ketika ini wilayah Hubei yang paling teruk terjejas dengan 38 kematian baharu dilapor.

Pusat penularan koronavirus yang mencetuskan kebimbangan global itu melaporkan 1,032 kes jangkitan baharu yang disahkan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan memaklumkan, kes kematian pertama turut dikesan di barat daya wilayah Sichuan dan Tibet.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memanggil mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan sama ada wabak itu harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global - suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.

RIYADH - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi amaran konfrontasi ketenteraan dengan Iran akan membahayakan keamanan dan kestabilan di seluruh dunia.

Jurucakap Kementerian Luar, Masato Ohtaka memetik Abe sebagai berkata, beliau turut menggesa semua negara yang relevan untuk sama-sama terlibat dalam usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan.

"Sebarang konfrontasi tentera termasuk negara seperti Iran bukan sahaja memberi impak kepada keamanan dan kestabilan di rantau itu tetapi juga

Baca Selanjutnya: Konflik Iran beri kesan kepada seluruh dunia: Abe

LONDON: Sebuah hotel terkemuka di Knightsbridge, di sini dilapor terlibat dalam satu kebakaran besar.

Menurut laporan media tempatan, sejumlah 120 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Jurucakap bomba dan penyelamat London berkata tiada maklumat tentang jumlah mangsa yang terperangkap atau berjaya dikeluarkan dari bangunan itu.

Punca kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.55 petang waktu tempatan itu masih dalam siasatan.

Anggota bomba dari Kensington, Hammersmith, Battersea dan

Baca Selanjutnya: Hotel 12 tingkat di London terbakar

BAITULMUQADDIS - Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 55 orang penduduk Palestin di sempadan Gaza dalam pertempuran dan tunjuk perasaan berdarah yang berlaku serentak dengan pembukaan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, semalam.

Pertempuran yang turut mengakibatkan lebih 2,400 penduduk Palestin cedera meletus sebelum delegasi White House membuka kedutaan itu dalam satu majlis di Baitulmuqaddis.

Menurut Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kematian itu turut melibatkan

Baca Selanjutnya: Tentera Israel Bunuh 55 Penduduk Palestin di Gaza

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Tabung Kecemasan Kanak-kanak PBB (Unicef) memberi amaran lebih tujuh juta kanak-kanak di Yaman kini berdepan ancaman kebuluran yang serius.

"Hari ini, 1.8 juta budak di bawah usia lima tahun menghadapi masalah kekurangan zat makanan yang teruk dan 400,000 lagi berdepan malnutrisi akut yang teruk," kata Pengarah Serantau agensi itu di Timur Tengah dan Afrika Utara, Geert Cappelaere.

Menurutnya lagi, lebih separuh daripada 14 juta penduduk yang berisiko kebuluran di

Baca Selanjutnya: Tujuh juta kanak-kanak Yaman diancam kebuluran serius

BEIJING - Washington dan Beijing hari ini bersetuju menamatkan perang dagangan dan mengelak daripada mengenakan tarif (cukai) terhadap satu sama lain, lapor media kerajaan China.

Pengumuman itu dibuat selepas rundingan peringkat tertinggi di ibu negara Amerika Syarikat (AS), susulan ketegangan selama berbulan-bulan berikutan kenyataan Presiden Donald Trump bahawa hubungan komersial kedua-dua gergasi ekonomi dunia itu berat sebelah.

"Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk mengelak perang

Baca Selanjutnya: AS, China Setuju Elak Perang Dagangan - Beijing

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Vladimir Putin atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Rusia.

"Tahniah Presiden Vladimir Putin atas kemenangan dalam pilihan raya presiden. Malaysia menaruh harapan ke atah menjalin hubungan yang lebih baik dan lebih strategik dengan Rusia," kata beliau menerusi catatan dalam Facebook.

Putin, 65, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya presiden pada Ahad, untuk melanjutkan tempoh pemerintahannya

Baca Selanjutnya: Najib Ucap Tahniah Kepada Putin Atas Kemenangan Pilihan Raya

Lebih banyak artikel..