06
Isn, Apr
13 ARTIKEL BARU

LONDON - Polis Metropolitan United Kingdom menamakan dua daripada suspek yang terlibat dalam insiden rempuh dan tikam berhampiran London Bridge dan Borough Market di sini.

Salah seorang suspek dikenal pasti sebagai Khuram Shazad Butt, berusia 27 tahun, warga Britain kelahiran Pakistan.

Sementara seorang lagi suspek dikenal pasti sebagai Rachid Redouane, mempunyai dua kewarganegaraan, Libya dan Maghribi.

Kedua-dua suspek berasal dari kawasan kejiranan Barking di timur London.

Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti suspek penyerang ketiga.

Seramai tujuh orang maut dalam serangan rempuhan van dan tikaman pada malam Sabtu, sementara 48 yang lain cedera.

Polis berjaya menembak mati tiga suspek lelaki, yang menggunakan van sewa untuk merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menyerang orang ramai di Borough Market dengan pisau.

DUBAI - Empat negara Arab serentak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu melindungi pengganas dan campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara mereka.

Agensi berita Bahrain melaporkan, negara sekutu Arab Saudi itu memutuskan perhubungan udara dan laut dengan Qatar, malah warga Qatar yang berada di negara itu diberi tempoh hingga 14 hari untuk keluar daripada negara terbabit.

Sementara itu, Arab Saudi mengumumkan tindakan yang sama dengan mengatakan langkah itu

Baca Selanjutnya: Arab Saudi, Bahrain, UAE, Mesir Putus Hubungan Dengan Qatar

JAKARTA - Gabenor Kristian Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama hari ini dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun selepas didapati bersalah menghina Islam.

Hakim Dwiarso Budi Santiarto mengarahkan Purnama ditahan selepas beliau “terbukti bersalah melakukan penghinaan dan dihukum penjara 2 tahun”.

Ahok berkata: “Kami akan memfailkan rayuan.”

Kumpulan penyokong Islam yang berkumpul di luar mahkamah bersorak dan melaungkan “Allah maha berkuasa” selepas mendengar keputusan itu.

Ahok diheret ke mahkamah

Baca Selanjutnya: Hina Islam : Ahok Dipenjara Dua Tahun

LONDON - Lima orang sudah disahkan maut manakala 40 lagi cedera di London selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki dan penyerang menikam seorang anggota polis yang sedang berada dekat dengan bangunan Parlimen Britain.

Angka kematian itu adalah termasuk suspek itu sendiri serta polis tersebut. Tiga lagi mangsa adalah dalam kalangan mereka yang dirempuh kereta berkenaan di Jambatan Westminster sebelum melanggar susur penghadang di luar bangunan Parlimen.

Perdana Menteri Theresa May mengutuk

Baca Selanjutnya: Serangan Westminster: Lima Maut, 40 Lagi Cedera

KAHERAH - Kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom bunuh diri di sebuah perhentian bas di Jakarta pada Rabu.

Insiden mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis. Turut cedera 12 yang lain.

“Pelaku serangan dtrhadap anggota polis dalam satu perhimpunan di Jakarta Indonesia adalah dari kumpulan Daish,” lapor agensi berita kumpulan itu, Amaq pada Khamis.

Serangan pada pukul 9 malam waktu tempatan itu adalah yang terburuk sejak insiden pada Januari 2016 dimana

Baca Selanjutnya: Daish Mengaku Dalang Letupan di Jakarta

PARIS - Calon berhaluan tengah Perancis, Emmanuel Macron memenangi proses demokrasi, menewaskan calon haluan kanan dan anggota marin, Le Pen dalam pemilihan Pilihan Raya Presiden negara itu.

Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen, untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.

Macron juga jadi presiden pertama bukan dari parti politik arus perdana.

Beliau mengakui wujud kemarahan, dan

Baca Selanjutnya: Emmanuel Macron Menang Pilihan Raya Presiden Perancis

LONDON - Seorang penyerang dilaporkan telah ditembak mati di luar bangunan Parlimen oleh anggota polis bersenjata menurut jurucakap Dewan Rakyat Britain pada Rabu selepas beberapa tembakan kuat kedengaran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya sedozen orang awam di jambatan berdekatan.

Penyerang didakwa ditembak oleh polis bersenjata dan ambulans kini sudah berada di lokasi kejadian untuk menyelamatkan orang awam yang tercedera.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang sedang bersidang di

Baca Selanjutnya: Penyerang Tikam Polis di Parlimen Britain Ditembak Mati

Lebih banyak artikel..