NEW DELHI - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Rabu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula Khamis.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada pukul 8.05 malam waktu tempatan (pukul 10.35 malam waktu Malaysia) dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid dan Menteri Negara India bagi Kewangan, Shri Siv Pratap Shukla selaku menteri pengiring.
Najib ialah seorang daripada 10 ketua negara dan kerajaan ASEAN yang telah mengesahkan kehadiran pada sidang kemuncak tersebut yang akan berlangsung di ibu negara India sempena sambutan Hari Republik Ke-69 negara itu pada Jumaat.
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bertemakan "Nilai Bersama, Matlamat Bersama" akan diadakan sempena ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-India.
Pada Khamis, jadual ketat Najib bermula dengan majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden India, Ram Nath Kovind di Istana Presiden, Rashtrapati Bhavan, bagi meraikan ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN sebelum menghadiri sesi pemukiman tertutup mengenai kerjasama dan keselamatan maritim.
Semasa