Bagaimanapun, Nur Azhan Kamaluddin, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.
Mengikut pertuduhan, Nur Azhan didakwa melakukan ugutan jenayah dengan membuat panggilan telefon ke pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya menyatakan telah meletakkan bom di Sri Pentas TV3.
Kejadian itu didakwa dilakukan di Sri Pentas TV3 pada 10.12 malam, 28 Ogos lalu.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana tertuduh akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, selain menetapkan 4 Oktober depan ditetapkan untuk laporan perubatan disediakan.
Pada 28 Ogos lalu, bangunan Sri Pentas TV3 terpaksa dikosongkan selepas pihak pengurusannya menerima panggilan palsu terdapat bom di dalam premis itu.