25
Ahd, Okt
0 ARTIKEL BARU

Media Perlu Bantu Ubah Cara Pemikiran Masyarakat - MB Terengganu

Bahasa Melayu
Typography

KUALA TERENGGANU - Pengamal media di Terengganu di minta untuk terus membantu kerajaan dalam mengubah pradigma dan cara pemikiran rakyat di negeri tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, media memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk mengambil bahagian dalam aspek pembangunan negeri.

"Walaupun maklumat mudah untuk di dapati pada masa kini, ianya masih berbeza dengan apa yang diberikan oleh media arus perdana baik dari segi ketepatan mahupun ketelusan sumber.

"Saya berharap kerjasama erat antara pengamal media dan kerajaan negeri akan terus dipertingkatkan untuk kebaikan semua pihak, terutamanya rakyat di negeri ini, " katanya.

Ahmad Razif berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah Kewartawanan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) - ExxonMobil di sini malam tadi, yang turut disertai oleh Ernest Miller, Naib Presiden dan Pengarah Kewangan ExxonMobil Exploration & Production Malaysia Inc.

Turut serta di dalam majlis tersebut ialah isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong dan Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat.

Ernest Miller di dalam ucapannya menyebut ExxonMobil akan terus menyokong Kawat dan penganugerahan tersebut boleh dijadikan platform terbaik bagi memastikan rakyat mendapat berita yang berkualiti. 

"Ianya juga sebagai saluran untuk kami menyumbang, sebagai sebuah syarikat yang prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyat di negeri ini, iaitu negeri tempat kami menjalankan operasi perniagaan," tambahnya lagi.

Penganugerahan tersebut turut diberikan kepada dua wartawan BERNAMA, Nur Fazlizai dan Arjasnesh Ahmad. Kedua-duanya memenangi tempat kedua bagi kategori Penulisan Berita Sukan Terbaik dan Jurugambar Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.