25
Ahd, Okt
0 ARTIKEL BARU

Serbuan Ex-Rampas: UTK Bukit Aman & Majlis Keselamatan Negara Hantar 200 Anggota Selamatkan Tebusan

Bahasa Melayu
Typography

SEPANG – Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman telah menyusup masuk ke 'Hanger Air Asia' di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) pada jam 4 pagi, 17 Ogos lalu bagi melakukan serbuan ke atas pesawat Airbus 330 milik Air Asia bagi membebaskan sejumlah 190 orang yang terkandas, sekaligus dijadikan tebusan oleh perampas pesawat tersebut.

Ianya merupakan Latihan Serbuan Ex-Rampas 2015 yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama UTK Bukit Aman yang dijalankan bermula 16 Ogos 2015 di LCCT, Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Latihan ini dilakukan bertujuan untuk memastikan anggota-anggota terlatih sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi situasi kecemasan terutamanya yang melibatkan rampasan pesawat di negara ini. 

Latihan bersepadu ini turut melibatkan beberapa agensi kerajaan, swasta dengan penglibatan seramai 200 orang pegawai dan anggota dari UTK Bukit Aman.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.