03
Kha, Dis
0 ARTIKEL BARU

P Kamalanathan Pastikan Sektor Pendidikan Sarawak Bertambah Baik

Bahasa Melayu
Typography

KUCHING – Kementerian Pendidikan akan memastikan sektor pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik dari semasa ke semasa.

Justeru, P Kamalanathan selaku Timbalan Menterinya berkata beliau akan kerap untuk mengadakan lawatan ke negeri berkenaan bagi memastikan segala keperluan pendidikan yang diperlukan Sarawak dapat dipenuhi.

Selain soal keperluan, beliau turut akan mendengar dan membawa segala permintaan kerajaan negeri ke peringkat tertinggi agar sektor pendidikan Sarawak akan terbela dan tidak terabai.

Menurutnya, beliau akan membuat lawatan ke Sarawak dalam dua atau tiga bulan sekali bagi melihat keperluan dan membawa permintaan-permintaan negeri berkenaan, khususnya dalam sektor pendidikan untuk perhatian kerajaan persekutuan.

 

Kenyataan tersebut dikeluarkan kepada pemberita selepas melakukan lawatan sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Gita 2, di sini hari ini.