06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

Azmin Perlu Nyatakan Pendirian Berhubung Kerjasama dengan PAS

Bahasa Melayu
Typography

SHAH ALAM – Di mana pendirian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam isu penerimaan PAS ke dalam parti baru mereka? Di hadapan PAS, Azmin menyokong parti tersebut supaya menjadi sebahagian dari parti mereka, manakala lain jadinya apabila di hadapan DAP, beliau menyelar PAS.

Azmin selaku Timbalan Presiden PKR mengatakan pendirian rasmi parti berkenaan adalah sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara dan bukannya pendirian peribadi beliau seperti yang disangka sesetengah pihak.

Menurut Azmin, perkara ini terlebih dahulu telah dijelaskan oleh Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua selaku Naib Presien PKR pada Khamis lalu berkenaan keputusan parti untuk terus kekal bekerjasama dengan PAS, dan turut mahukan PAS dalam pakatan pembangkang yang baru.

Kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita di sini semalam, pemimpin Parti Amanah Negara ada mengeluarkan kenyataan bahawa parti tersebut terbuka untuk berbincang bersama PAS bagi membentuk pakatan berkenaan.

Azmin mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang mahukan pendirian beliau sama ada memilih bersama PAS atau DAP.

DAP sebelum ini bertegas untuk enggan bekerjasama dengan PAS serta tidak mahu parti Islam berkenaan dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Susulan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan, DAP telah mengumumkan untuk tidak lagi bekerjasama dengan parti Islam itu.

Sehubungan dengan itu, PAS dalam muktamar tahunannya pada Jun lalu meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal dalam gabungan pembangkang, satu keputusan yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.