11
Rab, Dis
0 ARTIKEL BARU

Fakta-fakta Menarik Tentang Empayar Islam Uthmaniyyah

Bahasa Melayu
Typography

1. Penduduk Turki kebanyakannya memanggil Sultan Ahmed I (1603-1617) sebagai Sultan hantu '14' kerana beliau merupakan Sultan yang ke-14 di dalam sejarah Uthmaniyah, menjadi Sultan ketika usianya 14 tahun dan hanya memerintah selama 14 tahun kerana Sultan Ahmed I mangkat ketika usianya 28 tahun.

2. Sultan Mehmed VI (1918-1922) merupakan satu-satunya Sultan Empayar Uthmaniyyah yang memakai cermin mata.

3. Kesemua keturunan Empayar Uthmaniyyah amat membenci golongan Syiah kerana pada zaman Ertugrul, bapa Sultan Osman I (1299-1326) adalah salah seorang askar berpangkat tinggi dalam Empayar Abbasiyyah sehingga kejatuhan empayar itu pada tahun 1258. Bapa Sultan Osman I itu sendiri melalui zaman kejatuhan Empayar Abbasiyyah, akibat dari pengkhianatan terhadap Khalifah. Atas sebab itu, seluruh keturunan Uthmaniyyah di ajar untuk menentang musuh dalam selimut, iaitu golongan Syiah.

4. Hanya Empayar Uthmaniyyah sahaja yang akan menyiasat latar belakang bakal menteri-menterinya, sama ada  dengan cara mengekorinya balik ke rumah secara senyap-senyap ataupun pemerhatian ke atas cara percakapan bakal menteri itu dengan orang lain. Tujuannya adalah untuk memastikan bakal menteri itu bukan dari golongan Syiah. Jika Syiah, mereka akan di hadapkan ke mahkamah dan diberi tempoh untuk bertaubat. Mereka, iaitu bakal menteri juga akan melalui satu lagi ujian, iaitu ujian lisan dan keagamaan.

5. Sultan Mahmud I (1730-1754) di gelar 'Sultan Si Bongkok' postur badannya yang Bongkok Sabut.

6. Penempatan wanita di Topkapi Palace yang dikenali sebagai 'Harem', yang didakwa oleh ahli sejarah barat sebagai tempat Sultan mengumpulkan Permaisuri/ isteri dan gundiknya adalah PALSU. Mengikut ahli sejarah Turki, 'Harem' adalah tempat tinggal pekerja wanita dan Permaisuri/ isteri Sultan sahaja. Sultan, para pekerja lelaki dan para menteri lelaki tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan 'Harem' tersebut. Sultan sendiri boleh dihukum bunuh jika di dapati masuk tanpa kebenaran, begitu juga jika menteri dan pekerja lelaki. Jika Permaisuri/ isteri ingin berjumpa Sultan, mereka boleh pergi ke kamar utama Sultan tanpa halangan.

7. Mengikut sejarah Barat, Sultan Empayar Uthmaniyyah mempunyai gundik dan isteri yang ramai. Ianya adalah PALSU. Hakikatnya, kebanyakan Sultan mempunyai 4 orang Isteri paling maksimum, yang lain hanyalah pekerja istana dan menteri-menteri sahaja.

8. Hampir kesemua Sultan Empayar Uthmaniyyah mahir dalam bidang Sastera.

9. Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah seorang tukang kayau yang mahir. Buktinya, hampir kesemua ukiran dan perabot yang diperbuat dari kayu di dalam Istana Dolmabache di Istanbul diukir oleh beliau sendiri (Sultan Abdul Hamid II).

10. Sultan pertama yang dipotretkan wajahnya menggunakan kamera adalah Sultan Abdul Aziz I (1861-1876), manakala Sultan-sultan sebelumnya dipotretkan menggunakan lukisan oleh pelukis-pelukis yang diupah.

11. Empayar Uthmaniyah adalah Empayar Islam terpanjang dalam sejarah Islam, iaitu selama 625 tahun.

12. Sultan Abdul Mecid I (1839-1861) disifatkan sebagai Sultan yang merendah diri. Seperti yang pernah diceritakan, setiap hari jumaat beliau akan berada di perkarangan Masjid Biru dan duduk di atas lantai untuk bersama-sama dengan rakyatnya. Seorang tua yang miskin tiba-tiba mendekati beliau dan memarahinya.

“Kenapa Tuanku tak bantu kami? Kami miskin dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Tuanku hanya duduk dalam istana dan berseronok sahaja tanpa memantau keadaan rakyat yang miskin!”

Kata-kata si tua miskin itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang berada di situ dan menyebabkan dia hampir di belasah. Akan tetapi, Sultan Abdul Mecid I segera menghalang.

“Jangan kalian marah, atau apa-apakan dia. Apa yang di katakannya adalah benar. Beta memang tak membantu rakyat-rakyat Beta. Beta mohon maaf kepada semua. Beta bukan pemimpin yang baik. Maafkan Beta,” kata Sultan Abdul Mecid I sambil menangis.

Sultan Abdul Mecid I kemudian menghadiahkan wang kepada si tua miskin itu sebanyak 3 Million Pound dan setiap tahun, beliau akan melawat sendiri ke penempatan orang-orang miskin dan memberikan duit kepada mereka. Rakyat-rakyat miskin itu akhirnya menjadi kaya dan membantu orang-orang miskin yang lain, hasil dari bantuan Sultan Abdul Mecid I. Pada hari kemangkatan Sultan Abdul Mecid (1861), rakyat-rakyat yang dahulunya miskin dan telah menjadi kaya atas bantuan beliautelah  datang ke istana untuk memberi penghormatan terakhir sekaligus memulangkan semula wang atau harta yang pernah beliau berikan kepada mereka sepanjang hayatnya. Rakyat-rakyatnya itu juga secara sukarela membantu mengurus, melakukan solat jenazah beramai-ramai serta memakamkan beliau. Seluruh rakyat amat menghargai bantuan yang telah diberikan beliau selama ini.

13. Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) merupakan Sultan yang amat meminati bidang fotografi. Beliau akan merakamkan gambar di mana sahaja beliau pergi dan menyimpan gambar-gambar itu di dalam foto album peribadinya.

14. Sultan Mahmud II (1808-1839) merupakan Sultan terakhir yang memakai baju tradisi Empayar Uthmaniyyah, iaitu jubah dan serban.

15. Sultan Abdul Mecid II (1922-1924) merupakan Sultan/ Khalifah terakhir dalam semua sejarah Khalifah Islamiyyah yang telah wujud sejak zaman Khlafa’ Ar-Rasyidin lagi.

16. Berat baju perisai Sultan Mustafa III (1757-1774) adalah seberat 120 kg manakala berat badan beliau sekitar 80 kg. Pedangnya pula seberat 30 kg. Menurut sejarah, beliau mampu melompat, berlari dan menghayun pedang dengan pantas walaupun baju perisainya mempunyai berat hampir 2 kali ganda dari berat badannya.

17. Pada Zaman Tulip era Sultan Ahmed III (1703-1730), wanita yang terdiri dari golongan ibu tunggal, mangsa dera dan tidak berpelajaran pada zaman itu mendapat bayaran dari Kerajaan Uthmaniyyah sebanyak 500 emas sebulan (sekitar 10,000 Dollar pada masa kini) dan bertujuan untuk menaikkan martabat wanita. Mereka juga boleh meneruskan pengajian secara percuma seumur hidup.

18. Ada satu kisah menyatakan bahawa Sultan Mustafa III (1757-1774) pernah menyamar sebagai seorang 'stand up comedian'. Ia dikatakan berlaku sekitar tahun 1768 ketika beliau keluar dari istana dan menyamar sebagai rakyat biasa bernama Cihangir. Beliau melihat sebuah pesta di mana rakyat-rakyatnya sibuk dengan pelbagai aktiviti kesenian seperti menonton teater, pentomin, sajak dan puisi. Beliau yang amat meminati bidang seni mengambil keputusan untuk menyertai pesta tersebut, dan mengambil bahagian dalam slot jenaka.

Tidak seorang pun dikalangan mereka di sana tahu bahawa yang berada di atas pentas itu adalah pemimpin mereka. Beliau menceritakan kisah-kisah jenaka yang membuatkan semua orang ketawa terbahak-bahak dan semua orang di pesta tersebut memuji persembahan beliau. Pada keesokan harinya, satu jamuan tahunan dianjurkan oleh Kerajaan Uthmanyyah pimpinan beliau. Rakyat jelata dijemput datang ke istana untuk jamuan. Sultan Mustafa III tampil membuat pengumuman bahawa Cihangir, iaitu pelawak yang mendapat perhatian itu sebenarnya dalah dirinya yang keluar menyamar.

Ramai tidak mempercayai kata-kata beliau, lalu beliau membuka baju rasminya dan melakukan aksi lawak 'Cihangir'nya. Semua yang berada di situ terkejut dan terdiam. Keadaan itu membuatkan beliau tersenyum dan berkata, “Beta manusia, dan kamu semua pun manusia. Salahkah untuk Beta menggembirakan kamu semua?”

Kata-kata beliau itu akhirnya disambut oleh gelak tawa orang ramai yang berada di majlis itu.

19. Sultan Selim I (1512-1520) merupakan pemimpin yang garang dan tegas. Jika beliau memberi pengumuman, semua orang wajib diam. Jika ada yang ingkar dan tidak memberi perhatian sepenuhnya, beliau akan memanggil orang itu dan mengetuk kepala mereka dengan kipas anginnya.Tujuannya melakukan sedemikian adalah untuk menjadikan rakyatnya berdisiplin.

20. Mengikut sejarah, Sultan Mehmed I (1413-1421), Sultan Suleiman I (1522-1566) dan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) merupakan Sultan yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih.

21. Sultan Mehmed II (1451-1481) merupakan Sultan yang amat meminati buku-buku berkaitan mistik. Dikhabarkan terdapat 3,000 buku yang kebanyakannya menceritakan sejarah mistik dan pelik di seluruh dunia yang disimpan di dalam kamar beliau.

22. Senjata kegemaran Sultan Murad IV (1623-1640) ialah tombak. Mengikut sejarah, beliau memiliki tombak peribadi seberat 40 kg. Apabila beliau merejamkan tombaknya itu, ia mampu menembusi 3 pokok tebal tanpa sebarang masalah.

23. Sultan Selim III (1789-1807) merupakan seorang yang mahir dalam tafsir Al-Quran. Setiap lepas waktu Maghrib, beliau akan mengadakan kelas untuk rakyatnya dan beliau sendiri mengajar ilmu tafsir al-Quran tersebut secara percuma.

24. Sultan Osman II (1618-1622) adalah seorang yang pemalu. Apabila ada seorang wanita bercakap dengannya, beliau akan menundukkan kepalanya ke bawah kerana tidak mahu menunjukkan mukanya yang merah padam kerana malu.

25. Kisah menarik tentang Sultan Selim III (1789-1807). Pada suatu hari, Sultan Selim III keluar menunggang kuda dari Istananya ke Bursa atas urusan pentadbiran dengan ditemani oleh 20 orang askarnya. Ketika tiba di satu kawasan, beliau ternampak ada orang buta yang cuba mengambil air dari sebuah perigi, akan tetapi gagal kerana masalah penglihatannya itu. Sultan Selim III berhenti dan turun dari kudanya, seterusnya membantu orang buta tersebut.

Beliau bertanya "Mengapa anda melakukan ia sendiri?”

Orang buta itu menjawab, “Kerana anakku sakit dan kami tak mempunyai wang untuk membeli ubat. Rumah sakit juga tidak menerima kami kerana kami miskin.”

Sultan Selim III marah mendengar cerita tersebut. Beliau kemudian pergi ke rumah sakit tersebut dan mengarahkan untuk menutup tempat tersebut. Semua pesakit yang ada di situ di pindahkan ke Bursa, dan orang buta serta anaknya diberi rawatan terbaik, serta diberi tempat tinggal di dalam Istana Topkapi secara percuma.

26. Kesemua Sultan Empayar Uthmaniyyah boleh bertutur lebih dari 5 bahasa. Sultan Abdul Aziz I (1861-1876) misalnya boleh bertutur 12 bahasa iaitu bahasa Turki, Inggeris, Arabc, Greek, Jerman, Perancis, Spanyol, Itali, Kurdish, Austria, Belanda dan bahasa tradisional Welsh. Beliau juga merupakan Sultan yang mempunyai pengetahuan bahasa paling banyak di dalam Empayar Uthmaniyyah.

27. Sultan Suleiman I (1520-1566) merupakan Sultan yang memerintah paling lama dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah, iaitu selama 46 tahun, manakala Sultan yang memerintah dalam jangkamasa paling pendek adalah Sultan Murad V(1876), iaitu selama 91 hari sahaja.

28. Kesemua fizikal Sultan-sultan yang dipotretkan di dalam lukisan kelihatan besar dan gemuk kerana sepanjang hayat mereka, mereka perlu memakai baju besi yang di lindung oleh jubah yang besar. Mengikut sejarah, Jubah yang di pakai oleh mereka adalah 2 kali ganda lebih besar dari saiz asal badan mereka.

29. Kesemua Sultan Empayar Uthmaniyyah pernah menunaikan Haji kecuali Sultan Murad V (1876) kerana mengikut sejarah, beliau kurang waras dan keadaan mentalnya yang tidak stabil itu menyebabkan beliau kurang mampu untuk menunaikan haji.

30. Sultan Mehmed II (1451-1481) meruapakan antara Sultan yang hanya makan makanan berbentuk ala kadar sahaja. Beliau juga kebiasannya akan memberikan makanannya kepada askar-askarnya kerana berpendapat bahawa mereka juga adalah manusia, sama sepertinya.

31. Keluasan Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1683, ketika pemerintahan Sultan Mehmed IV (1648-1687) adalah seluas 25,000,000 sq/km. Keluasan itu menandingi keluasan negara Rusia pada masa kini.

32. Salah satu Hobi Sultan Selim II (1566-1574) ialah memancing. Adakalanya, beliau akan keluar ke bahagian belakang istana (laut di belakang istana), duduk di atas kerusi sambil memancing. Sekiranya beliau memperoleh ikan, beliau akan membawa pulang ikan-ikan tersebut untuk dimasak oleh tukang masak istananya.

33. Pada zaman Sultan Ahmed III (1703-1730), beliau telah memperkenalkan agensi pelancongan pertama dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah. Agensi pelancongan ini membolehkan rakyat-rakyatnya untuk pergi melancong ke serata dunia pada zaman tersebut.

34. Pada era pemerintahan Sultan Suleiman I (1520-1566), seluruh rakyatnya menjadi kaya sehinggakan tiada siapapun yang memohon zakat. Seorang Pelayar Barat bernama John Young menyatakan, pada zaman tersebut (Sultan Suleiman I), negara tersebut terlalu kaya sehinggakan binatang buas tidak perlu lagi memburu binatang ternakan.

35. Mengikut sejarah, Sultan Mehmed II (1451-1481) amat menghormati ibunya. Ketika perperangan Hungary sekitar tahun 1473, beliau mendapat surat dari ibunya yang menyatakan kekecewaan ibunya kerana beliau (Sultan Mehmed I) sudah lama tidak melawatnya. Beliau mengambil keputusan meninggalkan askarnya dan bergegas pulang kerumah ibunya, serta meminta ampun atas kelakuan beliau yang mengguris hati ibunya.

36. Mengikut sejarah, tambang keretapi dari Istanbul ke Mekah/ Madinah berharga 30 Pound sahaja. Namun ketika musim haji, ia diberikan percuma. Tambang ini ditanggung oleh Sultan Abdul Hamid II (1876-1909).

37. Sultan Mustafa II (1695-1703) pernah menyertai Akademi Askar Uthmaniyyah pada awal pemerintahannya dan masuk sebagai Prebet ketika di akademi tersebut. Mengikut sejarah, ketika di dalam kem, beliau membenarkan jurulatih-jurulatih askar di akademi itu untuk memarahi, mendenda dan memberikan latihan yang keras kepadanya, sama seperti askar-askar baru yang lain. Tetapi apabila di luar akademi, beliau amat di hormati dan disegani oleh para tentera dan rakyat-rakyatnya.

 Sumber Rujukan: The Patriots