06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

Baju Merah: Perarakan Dari PWTC Ke Padang Merbok

Bahasa Melayu
Typography

KUALA LUMPUR: Perarakan Kumpulan Baju Merah telah mula bergerak dari Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) ke Padang Merbok sekitar jam 11.15 pagi tadi.

Peserta perarakan dilihat meniup vuvuzuela dan melaungkan slogan 'Hidup Melayu' sepanjang perjalanan.

"Tidak ada politik. Tiada PAS atau Umno. Hanya Melayu di sini! Sila hormati agama dan bangsa kami," kata Norijan Yusof dari Pulau Pinang, yang turut serta mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Penyokong Baju Merah dilihat mula berhimpun seawal jam 8.30 pagi tadi di sekitar PWTC dengan membawa sepanduk, dan sebahagian besar darinya memakai topeng muka akibat jerebu.

Seorang ahli Umno dari Arau yang hanya mahu dikenali sebagai Yusri berkata, "Orang Melayu perlu bersatu. Kita mahu semua orang tahu bahawa mereka tidak boleh menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat," katanya.

Yusri turut menambah, perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman tanpa sebarang provokasi terhadap mana-mana pemimpin.

"Seperti Bersih contohnya, mereka memijak gambar pemimpin termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak. Itu adalah kurang ajar," tegasnya lagi.