06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

Baju Merah: Himpunan Rakyat Bersatu Tidak Berunsurkan Perkauman

Bahasa Melayu
Typography

Perhimpunan RAKYAT BERSATU yang dijalankan pada 16 September 2015 bukan dilaksanakan atas dasar perkauman, tetapi ianya adalah sebuah manifestasi terhadap kebiadapan Siri Perhimpunan Bersih 1.0 hingga yang terkini, Bersih 4.0 yang telah dianjurkan sebelum ini.

Perhimpunan Rakyat Bersatu ini dianjurkan dengan membawa beberapa mesej iaitu:

1.RAKYAT bersatu menolak budaya perhimpunan haram ala Bersih4.0

2.RAKYAT bersatu menolak POLITIK ALA DAP yang mendalangi chauvanism (sokongan prejudis) kaum tertentu

3.RAKYAT bersatu menolak percubaan mengguling kerajaan yang di pilih secara demokrasi

4.RAKYAT bersatu menolak POLITIK FITNAH TERANCANG terhadap tampuk kepimpinan negara.

5.RAKYAT bersatu menolak campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negara

6.RAKYAT bersatu menolak budaya biadap dan samseng menghina pemimpin negara

7.RAKYAT bersatu menyokong kerajaan berusaha menghadapi masalah ekonomi rakyat dan negara

8.RAKYAT bersatu mempertahankan kerajaan pilihan rakyat

9.RAKYAT bersatu mempertahankan 5 prinsip RUKUNEGARA

-Kepercayaan Kepada Tuhan

-Kesetiaan kepada Raja dan Negara

-Keluhuran Perlembagaan

-Kedaulatan Undang undang

-Kesopanan dan Kesusilaan

10)RAKYAT bersatu mempertahankan kesatuan dan kedudukan MELAYU DAN BUMIPUTERA serta hak semua kaum dlm negara MALAYSIA