06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

1MDB Gagalkan Cubaan Palsukan Emel

Bahasa Melayu
Typography

KUALA LUMPUR – Terdapat cubaan untuk memalsukan emel yang kononnya daripada syarikat 1MDB, namun cubaan tersebut berjaya dipatahkan oleh syarikat berkenaan.

Cubaan tersebut berjaya dikesan melalui langkah-langkah keselamatan internet syarikat tersebut pada jam 6.30 petang, 15 September sebelum ia boleh menyebabkan sebarang masalah.

Bagaimanapun, pihak 1MDB telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. Laporan kepada pihak CyberSecurity Malaysia juga telah dibuat.

Dalam kenyataannya hari ini, 1MDB sebagai langkah tambahan menasihati mana-mana pihak yang meragui emel daripada syarikat tersebut dan ingin membuat pengesahan kesahihan alamat pengirim boleh menghubungi ibu pejabat korporat di talian +603 27308288.

 

1MDB merupakan sebuah syarikat pembangunan strategic milik penuh Kerajaan Malaysia.