30
Isn, Mac
8 ARTIKEL BARU

Letupan Bom di Kiosk ATM Ayer Keroh

Bahasa Melayu
Typography

MELAKA: Sebuah bom buatan sendiri meletup dan merosakkan kiosk ATM sebuah bank di Ayer Keroh di sini.

Tiga lelaki bertopeng menaiki sebuah kereta mewah dilihat telah meletakkan dua peranti buatan sendiri di kiosk ATM pada kira-kira jam 2 tadi.

Salah satunya meletup hingga menyebabkan kerosakan pada kiosk ATM tersebut.

Deputi Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata, kesemua maklumat mengenai suspek diambil dari rakamanan CCTV bank berkenaan dan ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan mencurigakan.

Skuad bom Polis Diraja Malaysia yang dikejarkan ke tempat kejadian telah berjaya mengeluarkan satu lagi bahan letupan yang dipasang pada 9.50 pagi.

Jumlah kerugian masih disiasat.