21
Rab, Okt
0 ARTIKEL BARU

Wanita Tertua Asia Meninggal Dunia

Bahasa Melayu
Typography

KETIKA ahli keluarganya yang lain sibuk mengatur persiapan sambutan ulang tahunnya yang ke-116 pada 29 Oktober depan, Esah Jusoh, 115 tahun dijemput Ilahi, semalam.

Pemergian Esah, yang dipercayai merupakan 'Wanita Tertua Asia' itu disaksikan oleh keluarga terdekat selepas terlantar akibat tidak sihat sejak dua minggu lepas.

Esah pernah menjadi tajuk berita utama sekitar tahun lalu kerana umurnya yang lanjut (115 tahun), namun mempunyai kesihatan yang baik dan masih cergas bergerak.

"Dia jarang duduk dan sentiasa berjalan di sekitar rumah sehingga dua minggu lalu, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," ujar salah seorang anaknya, Tuan Bidah Tuan Man, 66 tahun.

Anaknya turut memberitahu, walaupun pada usia lanjut, ibunya itu tidak mengalami sebarang penyakit kronik dan masih boleh bersiar-siar walaupun mempunyai masalah lutut.

"Kami rancang untuk mengumpulkan seluruh saudara-mara daripada 5 generasi, iaitu sekitar 500 orang untuk meraikan ulang tahunnya (Esah), namun ternyata Allah lebih sayangkannya," tambah Tuan Bidah lagi.

Esah meninggalkan 5 orang anak daripada tiga perkahwinan dan pastinya akan dirindui oleh lebih 500 ahli keluarganya yang lain.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.