KUALA LUMPUR - Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan cadangan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada 1 April 2015, adalah muktamad.
"Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya," kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.
Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan pagi ini untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan mengenai ekonomi termasuk perubahan fiskal dan subsidi.
"Kita tahu dari mula lagi ia sudah diputuskan, tidak perlu dipersoalkan mengenainya.
"Isunya ialah cara untuk melaksanakannya, sama ada menjadikannya sifar? Oleh itu, daripada enam peratus ia menjadi sifar peratus," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di sini hari ini.
Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu, antara lain menjanjikan pemansuhan GST dalam manifesto mereka.
Zeti berkata semua urusan mengenai perubahan ekonomi akan dilakukan secara menyeluruh dan mengikut peraturan.
"Objektif utama ialah memberikan lebih banyak kuasa