30
Isn, Mac
8 ARTIKEL BARU

6.8 Juta Rakyat Luar Bandar Dapat Manfaat Sejak 2010 Hingga 2017

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6.8 juta rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif pembangunan luar bandar sejak 2010 hingga tahun lepas.

Menurut Tinjauan Laporan Tahunan 2017, Program Transformasi Negara (NTP), sektor itu memperbaiki keadaan untuk komuniti luar bandar melalui penyediaan jalan raya, kawasan perumahan baharu, bekalan elektrik dan air serta akses kepada peluang untuk menjana pendapatan.

Sepanjang 6,868 kilometer jalan di luar bandar dibina dan dinaik taraf dengan memberi manfaat kepada 3.7 juta penduduk kampung, menurut laporan itu.

Laporan itu turut memuatkan pemerhatian berikut:

Akses bekalan air bersih kepada 354,400 isi rumah sekali gus memperbaiki kehidupan 1.8 juta individu

Jumlah liputan bekalan air di Malaysia kini melebihi 90 peratus

Jumlah liputan bekalan elektrik dalam negara mencapai 98.9 peratus dengan 161,931 rumah di kawasan luar bandar disambungkan dengan bekalan elektrik yang memberi manfaat kepada 809,655 individu

Sebanyak 103,033 rumah dibina dan dibaik pulih bagi menyediakan kediaman dan meningkatkan taraf hidup 515,170 penduduk luar bandar

 

Sebanyak 88 kampung mengambil bahagian dalam Program Desa Lestari sejak 2013 yang membantu meningkatkan pendapatan bagi 95,832 penerima manfaat -- BERNAMA