30
Isn, Mac
8 ARTIKEL BARU

Pendapatan Median Isi Rumah Di Malaysia Meningkat Lebih RM5,000

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR - Berikutan kesan pemangkin daripada Program Transformasi Negara (NTP), pendapatan median isi rumah di Malaysia meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,228 pada tahun 2016.

Ini berikutan langkah kerajaan memperkenalkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi membantu mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup kepada rakyat.

Menurut Tinjauan Laporan Tahunan 2017 Program Transformasi Negara yang dikeluarkan malam ini, kerajaan telah mengagihkan sejumlah RM25.62 bilion untuk BR1M yang membantu lebih tujuh juta individu dan keluarga sejak 2012.

BR1M adalah salah satu inisiatifi dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup Rakyat di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara pemerhatian lain yang terkandung dalam laporan tersebut bagi NKRA ini ialah:

Sejumlah RM6.31 bilion diagihkan kerajaan dalam bentuk BR1M kepada 7.22 juta individu dan keluarga yang layak pada tahun 2017.

 

Keseluruhannya NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat mencapai KPI 100 peratus pada tahun 2017. -- BERNAMA