08
Rab, Apr
13 ARTIKEL BARU

Peningkatan Nisbah Pelaburan Sektor Swasta Bukti Keyakinan Pelabur – Mustapha

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR – Perbezaan nisbah pelaburan antara sektor swasta dan awam yang tinggi sehingga 68 peratus dan 32 peratus jelas memberi gambaran bahawa pelabur semakin dengan ekonomi Malaysia, tegas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Jelas beliau, ia bersesuaian dengan dasar kerajaan yang mahu mengurangkan penglibatan pihak kerajaan dalam ekonomi negara, malah perkara tersebut bukanlah menjadi suatu situasi yang membimbangkan

"Sektor swasta memainkan peranan yang cukup besar dan masa hadapan (Malaysia) sudah pasti semakin cerah. Yang paling penting kita ada perkongsian awam-swasta yang bermakna perkongsian serta kerjasama antara kedua-dua pihak berada pada tahap yang cukup mantap.

"Ini adalah rahsia kejayaan kita," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, semalam.

Menurut laporan NTP 2017, Malaysia telah berjaya meraih RM1.8 trillion pelaburan bagi tempoh 2011 hingga 2017 menerusi pelaksanaan NTP, melebihi sasaran awal sebanyak RM1.4 trilion sahaja.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi dialog bersama Penasihat kepada Perdana Menteri untuk NTP Datuk Seri Idris Jala berkata nisbah perkongsian antara sektor swasta dan kerajaan adalah sebanyak 68 peratus dan 32 peratus berbanding nisbah 55 peratus dan 45 peratus suatu ketika dahulu.

Najib berkata kejayaan-kejayaan yang dikecapi negara boleh dilihat menerusi laporan NTP 2017 dan menggesa rakyat meneliti laporan tersebut yang dapat diakses secara atas talian

 

http://ntp.epu.gov.my/images/ntp/report/NTP_AR2017_ENG.pdf