08
Rab, Apr
13 ARTIKEL BARU

Negara Mundur Rakyat Terkesan Jika GST Dihapuskan - Pakar Ekonomi Bank Dunia

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR - Rakyat akan terus terbeban di masa hadapan dan negara akan berdepan tiga kesan buruk sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler, berkata tiga kesan membabitkan kenaikan cukai, meningkatkan kadar hutang negara (defisit) atau terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara.

“Ini yang akan berlaku sekiranya GST dimansuhkan dan bermakna ketiga-tiga langkah itu perkasa dilakukan dalam usaha untuk memastikan hasil negara tidak terjejas.

"Sama ada realistik atau tidak (langkah berkenaan) ia mungkin satu langkah drastik walaupun sebelum ini ia tidak pernah dibuat,” katanya selepas sesi panel perbincangan dan ulasan pembentangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai ekonomi Malaysia.

Kenneth menjelaskan, GST baharu dilaksanakan di Malaysia sejak tiga tahun lalu,tetapi apa yang dapat dipastikan daripada pelaksanaannya, ia memberi sumber pendapatan kepada negara ini.