21
Rab, Okt
0 ARTIKEL BARU

Arul Kanda Cabar Tony Pua Berdebat Tanpa Syarat

Bahasa Melayu
Typography

KUALA LUMPUR – Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sedia berdebat dengan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat.

Beliau berkata, tindakan mengenakan syarat kepada Pua sebelum ini untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang berada pdalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.” Katanya dalam sidang media 1MDB di hotel Royal Chulan, hari ini.

Mengulas lanjut, Arul berkata tindakan mengenakan syarat supaya Tony meletakkan jawatan dalam PAC kerana khuatir ia akan menjejaskan integriti siasatan jawatankuasa itu dan mengelakkan sebarang pertembungan kepentingan diri.

"Saya sedia bertemu secara langsung Tony tanpa syarat sama ada dalam program bual bicara atau debat.

"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ," katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.