21
Rab, Okt
0 ARTIKEL BARU

10 Perkara Biasa Yang Haram Di Korea Utara

Bahasa Melayu
Typography

Anda mungkin akan membatalkan percutian anda ke Korea Utara apabila melihat 10 peraturan ini yang diamalkan oleh negara tersebut:

10. Menonton Televisyen

Rakyat Korea Utara dilarang untuk menonton sebarang rancangan di televisyen selain hanya dapat menikmati rancangan TV dalam negara sahaja. 2 tahun lepas, seramai 130 orang rakyat Korea Utara telah menerima hukuman di khalayak ramai gara-gara menonton rancangan dari Korea Selatan.

9. Mengamalkan Agama

Majoriti rakyat Korea Utara adalah Atheist, dalam erti kata lain tidak memiliki sebarang agama.

8. Minum minuman keras

Minuman beralkohol hanya dibenarkan minum pada hari-hari perayaan atau sambutan khas negara itu sahaja, manakala pelajar dilarang untuk membeli atau meminum minuman keras.pelajar yang ditangkap atas kesalahan tersebut akan disoal siasat pihak berkuasa Korea Utara. Pada 2012, seorang pegawai tentera terbunuh gara-gara mabuk ketika menggunakan senjata mortar di hari memperingati 100 hari pemergian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.

7. Memandu

Rakyat Korea Utara disekat kebebasan untuk memandu di seluruh negara. Malahan kerajaan hanya menghadkan hanya 1 kereta sahaja bagi setiap 1000 orang penduduk.

6. Mendengar/memainkan muzik

Segala muzik luar disekat masuk dan dikawal ketat oleh kerajaan. Muzik barat terutama dari Amerika Syarikat adalah salah laku dan jenayah berat bagi sesiapa sahaja rakyat yang mendengar atau memainkan muzik tersebut.

5. Panggilan Antarabangsa

Sebarang komunikasi atau panggilan antarabangsa yang dibuat dalam negara Korea Utara akan dikenakan hukuman mati. Pada 2013, seorang lelaki yang menetap di Korea Utara dikenakan hukuman mati oleh skuad penembak gara-gara menelefon rakannya yang berada di Korea Selatan.

4. Bercakap/mengkritik

Mana-mana rakyat yang ditangkap kerana bercakap atau membincangkan mengenai kelemahan kerajaan, atau mengkritik pemerintahan pemimpin akan dihantar serta-merta ke ‘Kem Pendidikan Semula’. Di kem tahanan tersebut, pesalah dipaksa melakukan kerja keras, didera secara mental untuk menjadikan semula rakyatnya seorang yang patuh dan mengikut acuan kerajaan.

3. Melancong Ke Luar Negara

Perkara ini merupakan salah satu jenayah terbesar di Korea Utara. Jika rakyatnya didapati berhijrah ke negara China untuk mendapatkan perlindungan dan memulakan kehidupan baru, kerajaan akan menganggap individu tersebut sebagai pembelot negara. Jika ditangkap, kerajaan serta-merta melaksanakan hukuman berat di khalayak ramai.

2. Pornografi/bahan lucah

Hukuman bagi pesalah di Korea Utara untuk yang menjual, memiliki dan menonton bahan lucah adalah mati.

1. Melayari laman web

Daerah dalam Korea Utara yang mendapat akses internet hanya dengan kebenaran sahaja. Kebanyakan laman web di sini hanya berkisar mengenai berita propaganda sahaja, dan tentunya laman web dari luar negara akan disekat. Pada 2013, seorang wartawan berita dalam talian telah dihukum penjara selama 6 bulan gara-gara tersalah ejaan.

 

 

 

 

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.