KUALA LUMPUR - Tindakan Rusia menggunakan kuasa veto menolak resolusi yang dibentangkan Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan tribunal antarabangsa berkenaan nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada 8 Mac tahun lepas menunjukkan yang mereka mahu diberikan hak untuk mengemukakan bukti seadilnya.
Peguambela dan peguamcara, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berpandangan tindakan Rusia itu kerana Ukraine merupakan sebahagian daripada badan siasatan nahas tersebut.
"Rusia sebenarnya tidak menentang penyiasatan, pendakwaan, tidak menentang proses keadilan dilaksanakan. Namun, apa yang Rusia mahu mereka diberi juga hak untuk mengemukakan bukti seadilnya.
Syed Iskandar memberi contoh Resolusi 2166 yang sedang digunakan untuk cubaan menubuhkan tribunal secara jelas menghargai kerjasama Ukraine.
"Memang benar Ukraine adalah (lokasi) di mana negara pesawat tragedi berkenaan berlaku tetapi dalam kes ini ada satu konflik kepentingan namun tidak jelas siapa yang melakukan jenayah ini.
"Jadi, adalah kurang molek untuk Ukraine turut berada dalam badan siasatan. Ukraine boleh berada di luar (dan) memberi