25
Sel, Feb
5 ARTIKEL BARU

MALAYSIA-RUSSIA-UKRAINE-CRISIS-AVIATION-REMAINS Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyatakan bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 September dijangka melibatkan 9 jenazah termasuk 2 warga asing. Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menerima 9 mangsa tragedi itu termasuk 5 jenazah dalam keranda dan 4 abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumi dan disemadikan, katanya. "Setakat ini, 9 jenazah yang berkemungkinan besar akan tiba pada 2 September dan ia tertakluk kepada beberapa faktor. Ada faktor tertentu yang akan menyebabkan angka ini berubah. "Kami percaya pada 1 September, kita dapat pastikan berapa," kata Zulkefli yang dipetik dari laman Bernama.com. Katanya, satu daripada 9 jenazah itu ialah kanak-kanak. Zulkifeli berkata, dua warga asing itu merupakan suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing. Katanya, pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka. Zulkifeli berkata, 3 pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah
Baca Selanjutnya: MH17: 9 Lagi Jenazah Dijangka Tiba 2 September Ini

IMG-20140824-WA0019 Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah penyelia penerbangan kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar di Masjid Taman Indah, Ampang hari ini. Jenazah Allahyarham yang dibawa ke masjid itu pada 10.14 pagi dari kediamannya di Taman Bukit Indah, disambut beberapa anggota 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum diusung beberapa kakitangan MAS dan disembahyangkan pada 10.28 pagi. Dua orang anaknya Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa
Baca Selanjutnya: Lebih 1000 Jemaah Hadir Solat Jenazah Mohd Ghafar

dataran KUALA LUMPUR – Seluruh negara bertafakur selama seminit hari ini bagi memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak di Timur Ukraine pada 17 Julai lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Sebagai memperingati mangsa, bendera jalur gemilang separuh tiang turut dikibarkan. Malah bagi memperingati hari ini, yang diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara, ramai rakyat Malaysia berpakaian gelap dan turut
Baca Selanjutnya: Seluruh Negara Di Selubungi Duka Kenang Tragedi MH17

BviuriqCcAA4K2q Anak Kapal: 1) Mastura Mustafa (P) 2) Ahmad Hakimi Hanapi (L) 3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) 4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P) 5) Dora Shahila Kassim (P) 6) Lee Hui Pin (P) 7) Angeline Premila Rajandaran (P) 8) Chong Yee Pheng (P) 9) Azrina Yakob (P) Penumpang: 1) Foo Ming Lee (L) 2) Karamjit Singh Karnail Singh (L) 3) Ng Qing Zheng (L) 4) Mabel Anthony Samy (P) 5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L) 6) Elisabeth Ng Lyeti (P) 7) Ariza Ghazalee (P) 8) Muhammad Afif Tambi (L) 9) Noor
Baca Selanjutnya: TERKINI!! Senarai Nama Kumpulan Pertama Jenazah Mangsa MH17

anak_mastura Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan. Lebih sayu apabila melihat anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi berumur 10 tahun yang ternyata sangat merindui arwah ibunya. Ahmad Saifuddin Yusof turut berkongsi rasa yang sama sebaik sahaja melihat gambar-gambar anak arwah di Facebook. Beliau menitipkan 10 pesanan buat adik Muhriz Marzaidi. Beliau amat berharap supaya pesanan ini dapat dibaca oleh
Baca Selanjutnya: Pesanan Buat Adik Muhriz Marzaidi, Anak Mastura Mustafa

live Hari ini 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah akan menjadi sebahagian lipatan sejarah negara kerana diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara. Setelah sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan ‘kepulangan’ orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian. Dua puluh
Baca Selanjutnya: LIVE! Laporan Langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa #MH17

[caption id="attachment_17349" align="aligncenter" width="448"]sholat jenazah (8) Gambar Hiasan[/caption] 1. Adalah dimaklumkan bahawa pasukan pengurus jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan KAGAT telah selamat memandikan dan mengkafankan serta menyembahyangkan (solat jenazah) seramai 11 orang jenazah Muslim di Amsterdam. 2. Sehubungan yang sama, setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah

Baca Selanjutnya: Solat Jenazah Untuk Mangsa MH17 Diadakan Serentak Di Seluruh Negara Selepas Solat Jumaat

Lebih banyak artikel..