25
Sel, Feb
5 ARTIKEL BARU

10325383_10152393563894998_6219954111852517552_n Esok, Jumaat, 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah akan menjadi sebahagian lipatan sejarah negara kerana diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara. Selama sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan 'kepulangan' orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian. Sekurang-kurangnya 20 daripada 43 jasad warganegara ini yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu akhirnya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - destinasi terakhir untuk penerbangan terakhir mereka di dunia ini. Istiadat penerimaan dan penghormatan jenazah mangsa MH17 pun sudah diatur. Ringkas namun penuh makna. Pelaksanaannya adalah seperti berikut : 1.1 Tafakur selama 1 minit antara tempoh 10.45 pagi hingga 11.15 pagi. 1.2 Pada masa bertafakur orang ramai dan kenderaan hendaklah berhenti selama 1 minit. Bagi yang beragama Islam membaca Al fatihah dan yang bukan beragama Islam berdoa mengikuti agama
Baca Selanjutnya: Esok Diisytiharkan Hari Perkabungan Negara

1517450_4432662551958_1834492945891419967_nKUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan siaran langsung ‘Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17? di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),mulai 7.30 pagi, Jumaat ini bermula 7.30 pagi. Saluran Radio RTM iaitu NasionalFM, TRAXXfm, AiFm dan MINNALfm akan turut membuat liputan. Bahagian Berita Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini berkata, siaran langsung itu melibatkan upacara ketibaan
Baca Selanjutnya: RTM Siar Secara Langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, Jumaat Ini

[caption id="attachment_17099" align="alignleft" width="412"]Datuk Dr Fauziah Mohd Taib Datuk Dr Fauziah Mohd Taib[/caption]  THE HAGUE-Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini  memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu  dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna  dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga.

 Ini kerana, hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah  tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di

Baca Selanjutnya: MH17: Proses Urus Jenazah Masuk Fasa Akhir Sebelum Dihantar Balik

firdaus Jenazah pembantu juruterbang Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mayat warga Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenal pasti dan akan dibawa pulang seawal-awalnya minggu depan. Bapa saudara Muhammad Firdaus, Azman Ibrahim berkata pihak MAS memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsa yang menetap di Shah Alam semalam, namun masih belum diberikan tarikh sebenar jenazah akan tiba di Malaysia. “Kami diberitahu jenazah mangsa dikenal
Baca Selanjutnya: MH17: Pembantu Juruterbang Antara 16 Mayat Dikenal Pasti

DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN  KUALA LUMPUR - Dua puluh lapan daripada 43 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS)  Penerbangan MH17 warga Malaysia telah dikenal pasti setakat hari Selasa, kata Menteri Pertahanan  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

 Beliau berkata, daripada jumlah itu, 15 merupakan penumpang, manakala 13 yang lain adalah anak  kapal.

 Jumlah 28 jenazah ini melibatkan 14 orang Islam dan 14 lagi bukan Islam, katanya kepada  pemberita selepas majlis taklimat kepada editor kanan media berhubung persiapan
Baca Selanjutnya: MH17: Jenazah 28 Warga Malaysia Dikenal Pasti - Hishammuddin

mh17_family_1807_840_570_100 SEPANG – Sebanyak 10 daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang disahkan identitinya dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH17 adalah bukan Islam manakala selebihnya lagi beragama Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata daripada 43 penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, sebanyak 22 daripada mereka adalah bukan Islam. Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan tarikh untuk
Baca Selanjutnya: MH17: 10 daripada 16 mayat dikenal pasti bukan beragama Islam

art-elaine-620x349 Selepas tiga minggu pesawat MH17 telah ditembak jatuh dengan 298 orang menaiki pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ada 43 orang warga Malaysia dah hari ini, mangsa pertama dari Malaysia mungkin telah dikenal pasti, kata sumber. Beliau ialah wanita berusia 27 tahun berasal dari Pulau Pinang, Elaine Teoh, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang dikenal pasti oleh pakar-pakar forensik di Belanda. The Star melaporkan bekas pelajar lulusan Universiti Melbourne itu dikenal pasti antara
Baca Selanjutnya: MH17: Seorang Rakyat Malaysia Sudah Dikenal pasti

Lebih banyak artikel..