25
Sel, Feb
5 ARTIKEL BARU

MH17-1 PUTRAJAYA – Komuniti Islam tempatan di Belanda bersedia memberikan bantuan kepada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pengurusan pengendalian jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata persediaan untuk menguruskan jenazah oleh enam imam daripada Jakim juga berjalan lancar dengan bantuan serta hubungan baik dengan komuniti tempatan itu. “Persiapan pengurusan jenazah di sana (Belanda) serta di sini berjalan lancar. Setibanya di sini (Malaysia) pengurusan jenazah akan dilakukan oleh saya serta Jakim bagi jenazah Islam manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani MoU Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sini semalam. Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala
Baca Selanjutnya: MH17: Umat Islam Belanda Bantu Urus Jenazah

bad2-m-3-300x180 GLASGOW : Bergu lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem serta beregu wanita negara Vivian Khoo-Woon Khe Wei menyumbangkan pingat emas kelima dan keenam Malaysia apabila mereka memenangi perlawanan akhir semalam. Wee Kiong dan Goh V Shem berjaya mengekalkan tradisi dengan mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel. Dalam perlawanan akhir, Wee Kiong-V Shem bermula baik dengan mendahului 1-0 pada set pertama dengan 21-12 menewaskan Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart dari Singapura pada set
Baca Selanjutnya: Skuad Badminton Malaysia Sumbang 2 Lagi Emas

IMG_609415166785557Amsterdam (Belanda) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di The Hague berhubung nahas MH17 apabila beliau tiba Khamis ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Netherlands. Najib dijadual tiba pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin. Duta Besar Malaysia di Netherlands, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib
Baca Selanjutnya: Najib, PM Belanda Bertemu Bincang Tragedi MH17

KL29_230714_PM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlepas ke Netherlands pada Rabu untuk berbincang tentang insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai. Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari Sabtu, Najib akan menemui rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague, untuk membincangkan sama ada ahli pathologi Malaysia dapat membantu bagi
Baca Selanjutnya: Najib Ke Belanda Rabu Ini Bincang MH17

AMSTERDAM: Malaysia akan mengumumkan hari berkabung negara untuk nahas pesawat MAS Penerbangan MH17 sebaik sahaja mayat dan jenazah mangsa warga Malaysia tiba di tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata ia khusus bagi seluruh negara berkabung untuk mangsa yang terkorban dalam nahas itu, dan untuk memberi penghormatan kepada mereka. Penerbangan MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - ketika

Baca Selanjutnya: Malaysia Akan Umum Hari Berkabung Untuk MH17

najib KUALA LUMPUR: Berikut adalah teks penuh Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan malam Ahad. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd. 1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan
Baca Selanjutnya: Perutusan PM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2014

Screen Shot 2014-07-26 at 11.34.00 PM PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini mencemar duli menziarahi keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Hotel Marriot di sini. Suasana pilu menyelubungi suasana sepanjang 45 minit baginda berdua meluangkan masa bertemu dengan waris mangsa untuk bertanya khabar serta menyampaikan ucapan takziah. Pertemuan itu melibatkan 100 orang daripada 30 keluarga penumpang dan juga kru pesawat
Baca Selanjutnya: Agong, Permaisuri Ziarah Waris Mangsa MH17

Lebih banyak artikel..