25
Jum, Sep
0 ARTIKEL BARU

Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu, meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada rakyat negara ini termasuk umat Islam yang bakal menyambut Aidilfitri tiga hari lagi. Beberapa individu yang ditemui Bernama mengakui terkesan dengan tragedi itu dan keterujaan mereka untuk menyambut 1 Syawal kali ini juga agak berkurangan. Malaysia_MH17   "Sebagai wartawan saya juga terkejut ketika menerima perkhabaran mengenai tragedi itu...saya bekerja lebih 24 jam pada hari kejadian...berasa amat pilu," kata wartawan penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Nor Liyana Zulkifli, 27. Wartawan Berita Harian Nor Fazlina Abdul Rahim, 28, pula berkata walaupun tidak terlibat secara langsung dengan liputan tragedi itu kerana kini bertugas di Kelantan, sebagai wartawan yang pernah membuat liputan tragedi, beliau berasa sangat sedih dan kurang gembira untuk menyambut Aidilfitri. "Kami petugas media (walau) di mana sahaja berkongsi rasa yang sama dan berdoa urusan penghantaran balik jenazah berjalan lancar," katanya. Perasaan sama turut dikongsi pelakon Emylia Rosnaida Abdul Hamid, 37, yang berkata beliau sangat terkesan dengan tragedi itu

Baca Selanjutnya: #PrayMH17 : Kesedaran Masyarakat Tinggi

travel REUTERS - Ketika pemimpin Barat lantang menuding jari kepada kumpulan pemisah pro-Russia dan juga Moscow berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh, kerajaan Malaysia tidak banyak bersuara. Sebab sikap berdiam diri ini - yang menimbulkan kritikan di tanah air - menjadi jelas apabila Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan selepas tengah malam Selasa bahawa kerajaannya sudah merundingkan pemulangan mayat hampir 300 mangsa Penerbangan MH17 dari wilayah yang dikuasai
Baca Selanjutnya: MH17: Bagaimana Malaysia Berunding Dengan Pemberontak

Screen Shot 2014-07-24 at 10.23.16 AM KUALA LUMPUR: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.” Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu. Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan
Baca Selanjutnya: Militan Pro-Rusia Mengaku Menembak Jatuh Penerbangan MH17

ghafar01_M Anggota keluarga seorang anak kapal yang terbunuh dalam kejadian nahas pesawat MH17 terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine, Khamis lepas, berdoa supaya proses membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar. Syaza Athirah Mohamad Azman, 22, anak saudara kepada ketua pramugara MH17 Mohd Ghaffar Abu Bakar, 54, berkata semua anggota keluarganya kini sabar menanti kepulangan jenazah bapa saudaranya itu. “Semua orang berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang perkembangan lanjut sambil
Baca Selanjutnya: MH17: Keluarga Sedia Sambut Jenazah Ketua Pramugara

Alexander-Borodai Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam MH17. Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama. Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara. “Tiga
Baca Selanjutnya: Ketua Penyelamat MH17 Kongsi Pengalaman Bertemu Ketua Pemisah Alexander Borodai

IMG-20140723-WA0054 EINDHOVEN: Dua pesawat yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia pesawat MH17 tiba di Netherlands pada Rabu, lapor koresponden AFP. Dua pesawat milik Netherlands dan Australia yang membawa 40 mayat tiba di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu. Belanda mengisytiharkan hari berkabung hari ini bagi menghormati 193 mangsanya yang terbabit dalam nahas pesawat MH17, kata Perdana Menteri, Mark Rutte dalam satu kenyataan. Menunggu di lapangan terbang adalah Raja
Baca Selanjutnya: #MH17 : Pesawat Tentera Bawa 40 Mayat Pertama Tiba Di Eindhoven

 

anwar (1)
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan pantas Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine bagi mendapatkan akses penuh ke lokasi pesawat MH17 terhempas.
Tambah Ahli Parlimen Permatang pauh itu, Perdana Menteri bertindak dengan penuh bertanggungjawab terutama dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang turut terkorban.
“Saya memilih untuk memahami dan sokong (tindakan Najib) sebab saya rasa mana-mana pemimpin memilih menjaga
Baca Selanjutnya: #MH17 : Anwar Ibrahim Bercakap Benar Tentang Najib

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.