19
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jenazah Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma iaitu nenek tiri beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikenal pasti sebagai mangsa terakhir warga Malaysia dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Katanya, jenazah itu dikenal pasti di Belanda semalam.Beliau berkata, kini lengkap senarai 43 mangsa rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

“Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Amsterdam kerana ahli keluarga mangsa menetap di sana,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Siti Amirah adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk kepada Najib dan Hishammuddin.Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.

Lima lagi jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 termasuk sepasang suami isteri diberi penghormatan penuh adat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Suasana pilu dan hiba menyelubungi kawasan istiadat apabila pesawat MAS penerbangan MH19 yang membawa tiga keranda dan dua kendi abu mayat memasuki perkarangan kompleks. Istiadat penghormatan bermula pada 8.38 pagi apabila pesawat tersebut berhenti

Baca Selanjutnya: Lima Lagi Jenazah Tragedi MH17 Diberi Istiadat Penghormatan

KUALA LUMPUR – Pusat bedah siasat mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) di Hilversum, Belanda mengenalpasti lagi satu mayat, semalam. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mayat yang dikenalpasti adalah Muhammad Afruz Tambi, 13 iaitu anak bongsu kepada keluarga Tambi Jiee yang turut terkorban dalam nahas berkenaan. “Pakar forensik di Hilversum sudah mengenalpasti identiti Muhammad Afruz menjadikan kesemua enam ahli keluarga itu sudah ditemui dan lima

Baca Selanjutnya: MH17 : Jenazah Ahli Keluarga Tambi Jiee Terakhir Dikenalpasti

2014-09-02 09.16.44 SEPANG: Keranda jenazah juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin adalah yang pertama diturunkan dari pesawat MH19 yang tiba dari Amsterdam, pagi ini, sebelum jenazah dibawa masuk ke kenderaan jenazah. Jenazah Wan Amran adalah antara sembilan jenazah yang tiba di tanah air yang diberi penghormatan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Berikut senarai sembilan jenazah yang selamat tiba hari ini. Warga Malaysia: 1)
Baca Selanjutnya: Keranda Kapten Wan Amran Wan Hussin Pertama Diturunkan

KUALA LUMPUR: Lima lagi jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan tiba di tanah air esok dari Amsterdam dan diberikan penghormatan ketenteraan seperti sebelum ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan seorang beragama Islam dan empat bukan beragama Islam.

Jenazah itu ialah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Muhammad Afruz

Baca Selanjutnya: MH17: Lima Lagi Jenazah Turut Diberi Penghormatan Ketenteraan Esok

Beberapa lagi mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas proses pengecaman dilakukan di Amsterdam, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, selepas disahkan pihak berkuasa di Netherlands, jenazah rakyat Malaysia berkenaan akan dibawa pulang ke tanah air. "Jenazah mereka akan dikembalikan (ke Malaysia dalam tempoh yang akan ditetapkan). Di Amsterdam, ada beberapa lagi jenazah belum

Baca Selanjutnya: Beberapa Lagi Mayat Rakyat Malaysia Dikenal Pasti

A Malaysian expert examines a black box belonging to Malaysia Airlines MH17 during its handover from pro-Russian separatists, in Donetsk SEPANG – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan siasatan awal nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan diketahui bulan ini. Bagaimanapun tiada tarikh khusus bilakah laporan itu dapat didedahkan kepada umum. Ini kerana, laporan tersebut akan diperoleh dari pasukan penyiasatan belanda dan Kerajaan Malaysia perlu menunggu ia diserahkan selengkapnya. “Menurut daripada laporan awal pada pasukan penyiasatan Belanda memberitahu kita boleh mengumumkan siasatan awal
Baca Selanjutnya: Laporan Kotak Hitam MH17 Akan Didedahkan

Lebih banyak artikel..