26
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

#MH17 : Obama & Putin Berbincang Tentang Kejadian MH17

MH17
Typography
IGqDI8reoc Presiden Barack Obama telah berbincang dengan Presiden Russia, Vladimir Putin atas permintaan Kremlin berkenaan pesawat MAS MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dikatakan ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine. Presiden Putin diakhir perbincangan tersebut menyatakan bahawa beliau sedang menyemak laporan berkenaan pesawat yang terhempas tersebut. Perkara ini dilaporkan olehj Setiausaha Akhbar White house, Josh Earnest. Pihak Kremlin juga telah mengeluarkan notis di laman webnya menyatakan  "The Russian leader informed the U.S. president of the report from air traffic controllers that the Malaysian plane had crashed on Ukrainian territory, which had arrived immediately before the phone call." Penasihat Menteri Dalaman Ukraine juga menyatakan bahawa terdapat 23 warganegara US yang berada menaiki pesawat tersebut. Dinyatakan juga bahawa tiada mangsa yang terselamat. Earnest berkata bahawa Kremlin meminta panggilan telefon tersebut untuk membincangkan halangan yang dikenakan oleh US terhadap Russia pada Rabu lepas. Kremlin juga menyatakan bahawa pemimpin kedua-dua negara tersebut 'membincangkan dengan teliti dengan krisis di Ukraine' "Putin menggesa bahawa keperluan untuk mengangkat kembali halangan tersebut oleh kedua-dua pihak di Timur Laut Ukraine yang telah mengakibatkan kematian dan memaksa ratus ribu rakyat Ukraine untuk berlindung di Russia," kata Kremlin. Putin juga melahirkan rasa kecewa yang teramat atas keputusan US untuk melakukan halangan tersebut di Russia. Walaubagaimanapun, pihak White House tidak memberikan laporan penuh perbincangan tersebut.