26
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

#MH17 : Sidang Media PM @NajibRazak

MH17
Typography
Snip20140718_5 Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah selesai sidang media dan isi utamanya adalah seperti berikut:
  • Mengesahkan bahawa Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 telah terhempas.
  • 280 penumpang dan 15 krew disahkan berada di dalam MH17.
  • MAS dalam proses memaklumkan kepada keluarga mangsa yang terdekat.
  • Kawasan laluan udara MH17 disahkan oleh agensi penerbangan antarabangsa sebagai selamat dan tidak memberikan sebarang ancaman.
  • Pihak Kerajaan Ukraine mendakwa telah ditembak jatuh, tetapi Malaysia pada ketika ini tidak boleh mengesahkan punca tragedi tersebut.
  • Namun pihak Malaysia akan mengenal pasti punca terhempas dengan secepat mungkin.
  • Skuad Perubatan dan Skuad Bantuan Bencana telah dihantar serta-merta ke Kiev.
  • Menggesa sekiranya benar ditembak, pihak yang bertanggung jawab perlu dibawa ke muka pengadilan dengan serta-merta.
  • Beliau telah menghubungi beberapa pemimpin negara luar dan bakal berhubung dengan lebih ramai pemimpin lain untuk membincangkan tragedi ini.
  • Presiden Obama bersetuju bahawa tiada sebarang halangan patut dikenakan untuk proses menyelamat dan siasatan dilakukan.
  • Menggesa supaya tiada serpihan ataupun kotak hitam dialihkan dan diusik sehingga pasukan teknikal tiba.
  • Pihak Kerajaan Ukraine akan berbincang dengan pihak pemberontak  supaya satu koridor kemanusiaan disediakan supaya proses keselamatan dan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.
  • Pihak Kerajaan Ukraine akan mengadakan siasatan khusus untuk kes ini dan Malaysia dijemput untuk menyertai siasatan tersebut.
  • Insiden ini menyedihkan rakyat Malaysia dan tahun ini merupakan tahun yang sedih untuk Malaysia.
Sidang media tersebut adalah pada jam 4.51 pagi dan berlangsung selama 7 minit di Hotel Sama-Sama di KLIA.