26
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

Maklumat Penting Perhimpunan Solidariti #Justice4MH17 Pada 17 Julai Ini

MH17
Typography
Screen Shot 2014-07-20 at 3.47.21 PM Satu perhimpunan untuk menunjukkan solidariti kepada negara dan mangsa nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak di Ukraine 17 Julai lalu akan diadakan di Kuala Lumpur Selasa ini. Perhimpunan itu akan bermula di perkarangan bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Ampang 3.30 petang itu juga bertujuan untuk menuntut keadilan kepada mangsa tragedi tersebut. Poster mengenai program tersebut mula disebarkan sejak malam Sabtu. Sehingga berita ini ditulis, tiada lagi pihak yang tampil mengaku sebagai penganjur perhimpunan solidariti #justice4MH17 itu. Bagaimanapun dipercayai peserta perhimpunan tersebut nanti akan berarak ke Kedutaan Ukraine yang terletak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak Ampang.