26
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

Hampir 80,000 Rakyat Berdoa Untuk Kesejahteraan Dan Keselamatan Negara

MH17
Typography

P1 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kabinet menyertai lautan manusia di Dataran Merdeka dalam program 'Doa Untuk Malaysia' bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Program yang julung kali diadakan ini berjaya menarik kira-kira 80,000 rakyat yang sebelum itu turut menunaikan solat maghrib, isya dan hajat. Dataran Merdeka menjadi titik tumpu program 'Doa Untuk Malaysia' merupakan tanda solidariti rakyat Malaysia ketika negara dijengah musibah. w3 Program bermula sejak 6.30 petang dengan bacaan zikir, tazkirah, solat Maghrib, bacaan Yasin dan tahlil. Muhyiddin menunaikan solat Isyak dan Hajat di tengah padang Dataran Merdeka bersama-sama jemaah lain dengan diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Majlis diserikan dengan selawat dan qasidah diketuai oleh Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman as-Sagaaf dari Indonesia, diikuti dengan penyampaian tausiyah "Cinta Rasul" oleh Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Hasani. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Fuad Hassan, program ini dianjurkan dengan tujuan menjadi wadah untuk seluruh rakyat malaysia agar terus berdoa demi keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara disamping mendapat rahmat dan perlindungan dari Ilahi. Untuk rekod, tahun ini negara dilanda dengan pelbagai ujian yang berat, antaranya insiden kehilangan pesawat MH370, diikuti dengan insiden pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. "sambutan ulangtahun (kemerdekaan) pada tahun ini agak berbeza, sebagai tanda hormat kita terhadap insiden yang telah terjadi. Program hiburan dikurangkan, dan kami akan menggantikannya dengan program berbentuk ilmiah bagi mendidik rakyat akan pentingnya menghayati aspek kemerdekaan," kata Fuad, yang menambah sambutan ulangtahun kemerdekaan tahun ini ini akan berlangsung selama sebulan sehingga 16 september. Sementara itu, rakyat Malaysia penganut agama Hindu dan pengikut Sikh turut berdoa mengikut kepercayaan di rumah ibadat masing-masing. Bagi penganut Buddha dan Kristian, majlis serupa dijadual berlangsung pada Ahad. w5 W1