17
Sel, Sep
0 ARTIKEL BARU

LIVE! Laporan Langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa #MH17

MH17
Typography
live Hari ini 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah akan menjadi sebahagian lipatan sejarah negara kerana diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara. Setelah sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan ‘kepulangan’ orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian. Dua puluh jenazah mangsa nahas rakyat Malaysia dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual berangkat ke KLIA bersama pemimpin lain dan anggota keluarga mangsa nahas pesawat itu. Berikut senarai nama kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 yang akan tiba sebentar lagi. BviuriqCcAA4K2q IKUTI LAPORAN LANGSUNG ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH MANGSA MH17 UNTUK MENDAPAT INFO DAN GAMBAR TERKINI. 10.58am: Upacara tafakur selama seminit selesai dijalankan dan 20 jenazah sedang dibawa keluar dari Kompleks Bunga Raya KLIA ke lokasi persemadian. Berikut adalah lokasi-lokasi persemadian mangsa tragedi MH17: PUTRAJAYA: 1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2 2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20 KUALA LUMPUR: 1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak. 2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara. 3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi). 4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi). SELANGOR: 1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam. 2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam. 3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam. 4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang. NEGERI SEMBILAN: 1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan. 2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai. JOHOR: 1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar. 2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar. 3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat. PERAK: 1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun. 2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor. 3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping SARAWAK: 1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching. 2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching. 10.55am: Proses penyerahan ke semua jenazah telah disempurnakan dan upacara istiadat penghormatan tafakur serentak di seluruh negara akan dimulakan pada bila-bila masa. 10.30am: Proses penyerahan 20 jenazah kepada kumpulan pengusung untuk dibawa ke van jenazah sedang berlangsung. 20140822_103143 10.15am: Proses membawa keluar jenazah dari pesawat sedang berlangsung dengan diberi penghormatan kententeraan. 10.05am: Pesawat yang  yang membawa 20 jenazah MH17 telah selamat mendarat di KLIA setelah 12 jam perjalanan dari Amsterdam, Belanda. IMG-20140822-WA0061 9.55am: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor  telah tiba di perkarangan Kompleks Bunga Raya bagi mengetuai upacara Istiadat Penghormatan kepada 20 jenazah yang akan tiba bila-bila masa. 9.40am: Suasana hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, merupakan salah satu lokasi upacara penghormatan 20 jenazah mangsa tragedi MH17. IMG-20140822-WA0038 IMG-20140822-WA0026   9.25am: Wartawan sudah bersiap sedia di Kompleks Bunga Raya menanti ketibaan 20 jenazah mangsa tragedi MH17. IMG-20140822-WA0032   IMG-20140822-WA0034