17
Sel, Sep
0 ARTIKEL BARU

Seluruh Negara Di Selubungi Duka Kenang Tragedi MH17

MH17
Typography
dataran KUALA LUMPUR – Seluruh negara bertafakur selama seminit hari ini bagi memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak di Timur Ukraine pada 17 Julai lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Sebagai memperingati mangsa, bendera jalur gemilang separuh tiang turut dikibarkan. Malah bagi memperingati hari ini, yang diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara, ramai rakyat Malaysia berpakaian gelap dan turut bertafakur seminit bagi mengenang peristiwa yang mengejutkan dunia. Pada waktu bertafakur itu, semua rakyat Malaysia diminta menghentikan segala aktiviti yang dilakukan selama seminit dengan membaca Al- Fatihah bagi yang beragama Islam dan berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing bagi bukan Islam. Beberapa lokasi tafakur ditetapkan iaitu di Pasar Satok, Kuching; Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) Johor Bahru, Jambatan Pulau Pinang, hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Wilayah Persekutuan; Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 serta hadapan Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu. Di Kuantan, penghormatan kepada jenasah MH17 telah diadakan di Dataran Setia, pekarangan Wisma Sri Pahang dengan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. IMG-20140822-WA0166 Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata ia turut berlangsung serentak di semua 11 daerah negeri itu di pekarangan setiap pejabat daerah. Di Seremban, majlis telah diadakan di Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan yang dihadiri oleh Menteri Besar, Exco-exco Negeri pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan. IMG-20140822-WA0113 Di Pulau Pinang, lokasi tafakur diadakan di Jambatan Pulau Pinang 1 dan 2. Semua lorong tol telah ditutup selama satu minit pada jam 10.50 pagi sebagai tanda penghormatan kepada mangsa MH17. Manakala kerajaan negeri Pulau Pinang  mengadakan majlis tafakur di lobi Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) serentak dengan kerajaan Persekutuan. IMG-20140822-WA0151 Di Kelantan, majlis bertafakur  diadakan di pekarangan RTM Wakaf Che Yeh  serentak dengan seluruh negara hari ini. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan dihadiri hampir 100 orang yang majoritinya terdiri kakitangan kerajaan persekutuan. IMG-20140822-WA0245   Di Perak, Kira-kira 300 orang berkumpul di kediaman Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Nor di Pekan Tambun. Turut bersama ialah Menteri Kewangan 2, Datuk Husni Hanadzlah yang juga Ahli Parlimen Tambun. Suasana pilu menyelubungi hadirin sejurus tiba jenazah sebelum di bawa ke Masjid Ittidaiyah untuk disolatkan. IMG-20140822-WA0238   Sementara itu di Taiping upacara pengkebumian jenazah Allahyarham Azrina telah selamat disempurnakan. Turut mengiringi jenazah ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar. IMG-20140822-WA0259   Di Paloh, Johor lebih seribu penduduk diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut jenazah Mohd Ali Md Salim, mangsa MH17 di perkarangan padang IKBN Pagoh. Turut menyambut jenazah adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. bvoiv2ncuaiqjml_400_260   Allahyarham Mohd Ali merupakan calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.