26
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

Agensi Berita Rusia Mohon Maaf Atas Penerbitan Kuiz MH17

MH17
Typography

KUALA LUMPUR - Agensi berita Rusia RIA Novosti memohon maaf atas kuiz atas talian mengenai nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang diterbitkannya pada 17 Julai lalu.

Kuiz berkenaan mempunyai gambar-gambar bangkai pesawat MH17 dan juga acara pengebumian mangsa-mangsa.

Ia juga mempunyai soalan tentang tragedi berkenaan dan siapa bertanggungjawab kepada kawasan tragedi pesawat sebelum kedatangan pakar penerbangan. 

Lapor Asia Times, kuiz berkenaan dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggap kuiz berkenaan tidak sensitif.

Mereka juga telah memadamkam kuiz berkenaan. 

RIA Novosti kemudian memohon maaf menerusi Twitter dan berkata pengarang yang bertanggungjawab untuk kuiz berkenaan telah digantung kerja.

Agensi tersebut menulis dalam bahasa Rusia yang diterjemah dengan maksud, "Kuiz yang mengenai pesawat Boeing MH17 telah pun dipadamkan oleh RIA. 

Pengarang bertanggungjawb telah digantung kerja. Kami memohon maaf kepada pembaca dan turut bersedih dengan apa yang menimpa keluarga mangsa."

Tambah agensi berkenaan di laman Facebook mereka pula, pihak yang bertanggungjawab atas kuiz berkenaan boleh dipecat setelah siasatan dalaman dijalankan.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh ketika melalui kawasan udara sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.