09
Ahd, Ogs
1 ARTIKEL BARU

Kajian UMcedel: Sokongan Pakatan Merudum Ke 35%

Krisis MB Selangor
Typography
umcedel SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (Pakatan) gagal mengekalkan sokongan rakyat di Selangor berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel). Kajian yang dilakukan setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu merekodkan sokongan Pakatan merosot kepada 35%. Memetik laporan The Malaysian Insider hari ini, kajian itu juga menunjukkan peratusan mereka yang tidak pasti dengan kedua-dua gabungan dan enggan menjawab soalan dalam kaji selidik itu kini membentuk 40%. Bagaimanapun sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kekal sebanyak 25%. Pembentangan khas mengenai hasil kajian itu dikendalikan bekas Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Redzuan Othman. Kajian yang dilakukan pada 10 hingga 19 Mei baru-baru ini dijalankan untuk sekumpulan pengkaji politik termasuk The Malaysian Insider. "Kami dapati mereka yang tidak lagi menyokong PR ini banyak beralih kepada golongan 'tidak pasti' yang kini membentuk 40% (termasuk 15% yang tidak mahu menjawab), selain pergi kepada BN," kata Redzuan. Kali terakhir UMcedel menjalankan kajian yang sama di Selangor ialah pada September 2012. Bagaimanapun, Redzuan tidak mendedahkan kenapa sokongan kepada pakatan pembangkang itu berkurangan. Pergolakan kini berlaku di negeri itu susulan usaha sesetengah pihak dalam Pakatan yang mahu menukar menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengarah UMcedel yang baru Dr Amir Saifudee Ghazali turut hadir dalam pembentangan yang diadakan di pejabat UMcedel tersebut. Kajian setahun selepas PRU13 itu dibuat UMcedel untuk pelbagai perkara namun hanya kajian untuk Selangor dikeluarkan terlebih dulu untuk siaran kerana ia dianggap paling relevan dengan apa yang berlaku di negeri itu sekarang.