18
Isn, Mac
0 ARTIKEL BARU

Isu MB Selangor: PKR Pecah 2 Kumpulan,1 Sokong Azizah Dan 1 Azmin

Krisis MB Selangor
Typography
Difahamkan sebentar tadi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Selangor mengadakan sidang media berhubung kemelut kerusi panas Menteri Besar negeri itu. Menurut laporan beberapa laman portal, berlaku sedikit kekecohan apabila ada dua kenyataan media diedarkan kepada wartawan selain kenyataan media oleh yang diedarkan sebelum sidang media berlangsung. Kekecohan berlaku apabila dua kenyataan dengan isi yang bercanggah diedar kepada wartawan. KenyataanPKR   PKR Selangor menyuarakan sokongan kepada Presiden PKR; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Nama Dr Wan Azizah telah sebulat suara dipilih menggantikan Abdul Khalid oleh Majlis Pimpinan Pusat. “Walaupun beberapa pimpinan Selangor ada membangkitkan cadangan untuk menamakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor, namun kami akur dengan keputusan sebulat suara Majlis Pimpinan Pusat untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor. “Oleh yang demikian, kami menggesa agar semua anggota PKR bersama merapatkan saf serta bersatu dalam menyokong Presiden PKR yang juga ADUN Kajang sebagai calon Menteri Besar,” menurut kenyataan media awal. Satu dari kenyataan media menyatakan PKR Selangor turut mencadangkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar sebagai penyelesaian kemelut antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Bagaimanapun kesemua anggota PKR Selangor diketuai oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang hadir pada sidang media menafikan mereka yang mengedarkan kenyataan media mencadang nama Azmin tersebut. Wartawan kemudiannya meminta wakil PKR mengulas mengenai insiden yang mengelirukan itu namun kesemuanya enggan berbuat demikian dan terus menamatkan sesi sidang media. Sementara itu, Zuraida yang ditemui pemberita selepas sidang media tersebut terus menafikan cadangan untuk turut mencalonkan Azmin sebagai Menteri Besar dibuat oleh ahli-ahli PKR Selangor. "Saya tidak tahu dari mana datangnya kenyataan terbabit disebabkan itu saya terus menafikan kenyataan itu datang dari saya sendiri. "Yang bersetuju dengan kami untuk menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah selaku menteri besar yang baru seperti yang saya cakap sebentar tadi iaitu, Ketua-Ketua Cabang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-Ahli Parlimen PKR di Selangor," katanya.