14
Sab, Dis
0 ARTIKEL BARU

Kritikan Terbuka Khalid Ibrahim Terhadap DAP

Krisis MB Selangor
Typography
  Screen Shot 2014-08-08 at 11.28.43 AM SHAH ALAM: Semalam bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Dewan Pemuda PAS Selangor bersama NGO Geng Ustaz telah mengadakan Solat Hajat Perdana Mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor. Majlis tersebut dilihat sebagai tanda protes mereka terhadap gerakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan mengantikan isteri beliau Datin Sri Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR. Apa yang menarik, dalam majlis tersebut Khalid Ibrahim secara terbuka menkritik DAP dengan menuduh DAP sebagai menentang “kerajaan Islam adil dan amanah” pimpinan beliau selepas parti itu dikatakan akur dengan keputusan PKR mahukan Khalid berundur. Khalid berkata walaupun DAP mengambil pendirian sebegitu, ” hakikatnya orang bukan Islam lebih gemar kita mentadbir mereka,” katanya di majlis berkenaan yang bertemakan “Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah” di sini, Ini kali pertama Khalid “menyerang” DAP secara terbuka dan menggunakan sentimen anti-Islam terhadap parti itu sejak kemelut mengenai kedudukannya sebagai menteri besar tercetus. Serangan politik itu dibuat susulan keputusan DAP menyokong tindakan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor. PKR mendakwa Khalid tidak lagi berwibawa memegang jawatan itu dan MB itu kini berhadapan tindakan displin termasuk kemungkinan dipecat daripada parti yang disertainya tujuh tahun lalu. Khalid Ibrahim turut mengulas pertemuan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. "Nik Aziz mengingatkan bahawa dalam politik ini banyak yang munafik dan beliau menasihatkan saya supaya bersabar dan tidak perlu bertindak menghapuskan  munafikin tersebut" ujar khalid Ibrahim di hadapan 500 jemaah kebanyakannya penyokong PAS.