16
Isn, Sep
0 ARTIKEL BARU

#KajangMove : Helah PKR Bagi Menyekat Kemaraan Azmin Ali?

Krisis MB Selangor
Typography
Unknown Seperti dijangka, PKR akhirnya memecat keahlian parti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekaligus membesarkan ledakan isu Langkah Kajang yang gagal memaksa Adun Pelabuhan Klang itu melepaskan jawatan menteri besar Selangor. Langkah Kajang anjuran Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada 29 Januari lalu yang kononnya satu strategi radikal untuk PKR serta rakan sekutu pembangkang bagi merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional. Menurut pandangan penganalisis politik tanahair, Dato' Fuad Hassan Langkah Kajang sebenarnya hanya helah PKR bagi menyekat kemaraan Azmin Ali. Ia tidak ada kena mengena dengan kepentingan rakyat tetapi hanya untuk menjaga survival politik Anwar Ibrahim serta keluarga. Anwar memerlukan seseorang yang paling dipercayai sekiranya rayuan ke penjara beliau gagal untuk meneruskan survival politiknya dan orang itu adalah isterinya walaupun Wan Azizah langsung tiada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan. Ada pendapat yang menyatakan Anwar juga mungkin lari mendapatkan perlindungan politik diluar negara. Beliau memerlukan proksi ketat untuk mentadbir dari luar negara atau dalam penjara. Azmin merupakan orang kanan beliau yang tahu banyak rahsia besar, strategi dan harta Anwar. Beliau sudah terlalu berkuasa dalam PKR. Macam gurunya Anwar, seni politik Azmin sukar diramalkan. Khalid tidak diberi peluang menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan secara spontan. Wan Azizah perlu segera dimartabatkan "at all cost.." .  Menjadi mangsa adalah rakyat Selangor yang terpaksa menanggung akibat hilangnya sifat kebijaksanaan dan kemanusiaan dalam sekumpulan kecil manusia terutama dalam PKR, DAP termasuk PAS.