20
Ahd, Sep
0 ARTIKEL BARU

Krisis MB Selangor : PAS perlu belajar urus pasukan

Krisis MB Selangor
Typography
aziz bari  KUALA LUMPUR - "Sebaik-baik sahaja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat kemukakan  30 orang di belakang beliau, 'game over' untuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pas," demikian  menurut bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengenai  keputusan Pas hari ini.

 Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Pas hari ini sememangnya tidak membawa sebarang  makna.

 "Dalam undang-undang, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah jatuh.
 
 "Situasinya adalah seperti seorang pencuri yang ingin memulangkan barang yang beliau curi  kepada tuannya.

"Baiklah dalam bahasa mudahnya, mana lebih banyak di antara 30 dengan 26," katanya pada forum mengenai keadaan politik Selangor di Dewan Himpunan Cina hari ini.

Justeru, Aziz dengan sinisnya berkata, Pas sekiranya ingin bersama dalam arus politk negara perlu pandai mengurus pasukannya.

"Kalau nak main bola, hendaklah main bola bukannya bermain ragbi.

"Nak main bola main bola, kalau tidak pandai, belajar," katanya-SINAR HARIAN

Bagaimanapun, hujahan Aziz itu disangkal Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan keputusan Pas hari ini tidak membawa sebarang makna.

"Untuk politik, ini bukan keputusan yang tiada makna, tetapi satu keputusan yang membawa sejarah kepada politik negara dan Pakatan Rakyat," katanya-SINAR HARIAN
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.