12
Sel, Nov
1 ARTIKEL BARU

PAS Main Tarik Tali Sokong Wan Azizah Sebagai MB Selangor

Krisis MB Selangor
Typography
IMG-20140819-WA0046 Pada 19 Ogos lalu PKR telah menyediakan 13 akuan berkanun tambahan daripada ADUN PAS yang menyokong Wan Azizah bagi menggantikan penyandangnya Khalid Ibrahim. Namun setakat ini PKR hanya berjaya mendapat akuan berkanun daripada 15 ADUN DAP, 13 ADUN PKR dan dua ADUN PAS. Hasrat PKR ialah untuk mempersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor setelah baginda kembali dari luar negara. Namun demikian sehingga hari ini 13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani surat berkanun sebagai sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia “bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini.” Menurut sumber dalaman PKR, sebagai langkah terdesak Pakatan, mereka akan adakan satu mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memastikan 13 Adun PAS Selangor memberi sokongan dalam bentuk hitam putih. Ini jelas membuktikan sekutu PAS iaitu PKR dan DAP sentiasa sangsi dengan keikhlasan kepimpinan PAS bersama Pakatan Rakyat. Sebelum ini Wan Azizah dalam sidang medianya mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS. Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah. Menurut sumber tersebut, para wakil rakyat tersebut berbuat demikian kerana “tidak mendapat arahan” dari pimpinan PAS Pusat untuk menandatangani sebarang sokongan atau perakuan untuk menyokong Wan Azizah. Setakat ini, hanya dua orang ADUN PAS yang menandatangani dokumen tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). 14890920816_f118598bd2_b